Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesilapan perisian akibatkan mesej salah dihantar oleh ROM, ROMM: MSF, MCCY

Satu kesilapan perisian menyebabkan beberapa orang "tersilap" menerima teks SMS dari Pendaftar Pernikahan (ROM) dan Pendaftar Pernikahan Orang-Orang Islam (ROMM) pada Ahad (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kesilapan perisian akibatkan mesej salah dihantar oleh ROM, ROMM: MSF, MCCY

Contoh SMS (kanan) salah yang dihantar ROM/ROMM pada 9 September (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 10:19PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 10:22PM

SINGAPURA: Satu kesilapan perisian menyebabkan beberapa orang "tersilap" menerima teks SMS dari Pendaftar Pernikahan (ROM) dan Pendaftar Pernikahan Orang-Orang Islam (ROMM) pada Ahad (9 Sep).

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Khamis memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku. Kedua-dua kementerian menekankan insiden tersebut bukan disebabkan serangan siber dan tiada data peribadi terjejas.

Kesilapan perisian berlaku pada Ahad ekoran peningkatan sistem yang dilakukan pada hari yang sama. MSF dan MCCY dalam kenyataan bersama menambah bahawa isu tersebut sudah dihuraikan.

Petikan SMS yang ditunjukkan kepada Mediacorp menunjukkan penerima mendapat ucapan tahniah atas pernikahan mereka dan menyertakan pautan untuk memberi maklum balas.

Satu lagi petikan mesej yang ditunjukkan kepada BERITAmediacorp menunjukkan mesej serupa dari ROMM. Kedua-dua pesanan SMS tidak mendedahkan nama atau butiran peribadi penerima.

"Perisian berkenaan tersilap mengirimkan pesanan teks kepada beberapa penerima lama semasa penghantaran mesej secara rutin," menurut kenyataan tersebut, yang turut menambah bahawa satu lagi SMS dihantar untuk memaklumkan individu terjejas untuk tidak mengendahkan mesej sebelumnya.

"Siasatan kami mengesahkan tiada maklumat peribadi digodam dan ini bukan akibat serangan siber. Kami mohon maaf atas sebarang kekeliruan," menurut MSF dan MCCY.

Kedua-dua kementerian menyatakan pihaknya sedang menyemak sistem berkenaan dan mengambil langkah tambahan untuk mengelak berulangnya kesilapan serupa.

Kenyataan yang dikeluarkan tidak menyatakan bilangan SMS yang dihantar pada Ahad dan tidak mendedahkan langkah tambahan yang diambil. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan