Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesejahteraan warga tua di Bedok dijaga

Sedang penduduk Singapura semakin menua, pelbagai usaha pemerintah dan masyarakat dijalankan bagi memastikan warga tua di sini meniti usia senja mereka dengan selesa.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesejahteraan warga tua di Bedok dijaga
Diterbitkan : 12 Nov 2017 04:15PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 06:48PM

SINGAPURA: Sedang penduduk Singapura semakin menua, pelbagai usaha pemerintah dan masyarakat dijalankan bagi memastikan warga tua di sini meniti usia senja mereka dengan selesa.

Lebih-lebih lagi di estet matang, Bedok, yang jumlah penduduk warga tuanya lebih tinggi berbanding purata penduduk kebangsaan di kawasan itu.

Anggota Parlimen GRC East Coast, Lim Swee Say berkata: "Di Bedok, kami mempunyai 36,600 penduduk dan daripada jumlah ini 6,207 berusia lebih 65 tahun. Ini bermakna, di Bedok, daripada setiap enam penduduk terdapat seorang yang berusia 65 tahun ke atas."

Menjelang tahun 2030 pula, iaitu 15 tahun dari sekarang, setiap empat penduduk berusia 65 tahun ke atas.

Dari belajar mengenal pasti tanda-tanda demensia hingga bersenam menggunakan 'stretch band', Pusat Masyarakat Bedok meriah dengan pelbagai kegiatan.

Ini sedang warga tua diajak mengikuti program-program untuk membantu mereka kekal aktif baik dari segi fizikal mahupun mental.

Mereka yang tinggal sebatang kara juga digalakkan untuk mendaftar bagi talian jagaan 24 jam.

Talian itu menyediakan bantuan pada bila-bila masa, hanya dengan menekan butang pertolongan.

Ketua Pegawai Pembangunan Korporat Eastern Health Alliance Dr Eugene Shum berkata: "Warga tua boleh menghubungi kami menerusi beberapa cara.

"Salah satu adalah menerusi panggilan telefon. Selain itu, terdapat butang pada satu apps yang jika ditekan akan menghubungkan kami kepada mereka. Ketiga, kami juga mempunyai loket, apabila mereka menekan butang pada loket tersebut, ia juga akan menghubungkan mereka langsung kepada kami." 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan