Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesedaran dan amalan kesihatan, perkasa belia, agenda penting Rahayu Mahzam

Masyarakat Melayu/Islam sedar tentang pentingnya mengekalkan serta meningkatkan tahap kesihatan. Namun, dari segi memulakan dan mengekalkan gaya hidup aktif, keadaannya amat berbeza. Maka itu,  meningkatkan lagi kesedaran tentang  amalan gaya hidup sihat menjadi antara keutamaan 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Masyarakat Melayu/Islam sedar tentang pentingnya mengekalkan serta meningkatkan tahap kesihatan. Namun, dari segi memulakan dan mengekalkan gaya hidup aktif, keadaannya amat berbeza. Maka itu, meningkatkan lagi kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat menjadi antara keutamaan
Cik Rahayu Mahzam, salah seorang Anggota Parlimen yang dinaikkan pangkat dalam Parlimen ke -14 Singapura.

Beliau juga mahu memberi tumpuan lebih khusus kepada golongan belia, dari segi sokongan yang diperlukan dek terjejas pandemik COVID-19.

Cik Rahayu berkongsi dua bidang tumpuan itu
bersama BERITAmediacorp serta rancangan dan harapan beliau selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (MOH), bermula 1 September nanti.

BIDANG POLITIK BUKAN SUATU YANG SAYA RANCANGKAN

Sejak usia muda lagi Cik Rahayu Mahzam aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Namun, Cik Rahayu sama sekali tidak menyangka, minat dan sumbangannya itu akan membawa beliau untuk menceburi bidang politik.

Malah, tidak pernah terlintas dalam fikiran Anggota Parlimen bagi GRC Jurong itu bahawa beliau akan dipilih menggalas tanggungjawab selaku Setiausaha Parlimen.

"Sebenarnya tidak pernah dalam perancangan saya. Bidang politik sebenarnya bukan adalah sesuatu yang juga saya rancangkan.

"Tetapi saya amat rendah hati dan gembira kerana ini sebenarnya menunjukkan peluang yang ada dalam masyarakat kita," kongsi beliau dengan pihak kami.

Alex Yam, Lawrence Wong dan Rahayu Mahzam dalam rapat online PAP pada 2 Jul. (Petikan gambar video Facebook Parti Tindakan Rakyat) 

PENGIKTIRAFAN KEPADA MASYARAKAT MELAYU/ISLAM UNTUK TERUS MENYUMBANG

Cik Rahayu menganggap pelantikannya selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (MOH) itu sebagai mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan beliau.

"Masyarakat kita diberikan juga peluang sama rata kepada semua untuk melibatkan diri dalam pelbagai arena yang berbeza. Sebagai seorang wanita, sebagai seorang minoriti saya rasa ini adalah satu pengiktirafan kepada kemampuan masyarakat kita untuk menyumbang.Saya harap dapat memberikan sumbangan yang bermakna, yang juga berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pemimpin-pemimpin yang lain," tekan beliau.

Sesi rangkaian kerja ini dipimpin oleh Cik Rahayu Mahzam. (Gambar: BERITAmediacorp)

TINGKATKAN MUTU KEHIDUPAN DI BAWAH MOH

Di bawah MOH, Cik Rahayu antara lain ingin menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang cara-cara meningkatkan mutu kehidupan melalui gaya hidup sihat.

Ini agar mereka dapat dijauhi daripada pelbagai penyakit kronik memandangkan pembiayaan kos perubatan yang tinggi.

"Untuk masa yang akan datang, antara cara untuk kita cuba mengurangkan kos ini adalah memastikan masyarakat kita terus sihat dan tidak perlu untuk membiayai kos-kos apabila mereka sakit. Jadi sejauh mungkin kita harus menggalakkan kesihatan jadi itu yang saya rasa dapat saya sumbang dalam usaha ini," tambah beliau.

Menyentuh tentang pembangunan masyarakat Melayu/Islam pula, Cik Rahayu berkata beliau dan pasukannya di bawah rangkaian kerjasama MUIS, MESRA dan MENDAKI (M³) akan bekerjasama lebih rapat lagi bagi memberi sokongan khususnya kepada golongan belia, yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Ini termasuk memperkasa belia dengan teknik mempertingkat diri bagi berdepan dengan masa-masa krisis.

Pengerusi Bulan Bahasa 2017 dan Anggota Parlimen Rahayu Mahzam semasa hari pelancaran Bulan Bahasa 2017. (Gambar: Facebook/ Majlis Bahasa Melayu Singapura)

"Ini adalah realiti yang kita harus berani untuk berdepan dengan isu-isu ini dan juga membantu masyarakat kita untuk terus maju. Jadi saya harap diberikan peluang dan diberikan sokongan agar saya dapat terus membantu masyarakat kita untuk mengatasi segala cabaran yang sedia ada dan mencapai segala peluang yang juga sedia ada di peringkat nasional," tambahnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan