Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesatuan Mahasiswa NUS pertimbang hukuman lebih berat bagi kes gangguan seksual

Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUSSU) menyatakan pihaknya sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap kes-kes gangguan seksual yang berlaku di kampus.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesatuan Mahasiswa NUS pertimbang hukuman lebih berat bagi kes gangguan seksual

Gambar fail NUS.

Diterbitkan : 22 Apr 2019 10:19AM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 10:30AM

SINGAPURA: Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUSSU) menyatakan pihaknya sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap kes-kes gangguan seksual yang berlaku di kampus.

Ini selepas seorang mahasiswi universiti itu, Cik Monica Baey mendedahkan menerusi Instagram pada Jumaat (19 Apr) bahawa beliau ternampak seorang mahasiswa merakam beliau yang sedang mandi di tandas asrama.

Cik Baey menggesa tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap mahasiswa itu, sambil menambah bahawa lelaki berkenaan sudah diberikan amaran bersyarat selama 12 bulan oleh pihak polis.

Menurut NUS, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak semula rangka kerja disiplin dan sokongan universiti tersebut.

Dalam catatan yang dimuat naik ke laman Facebook, jawtankuasa NUSSU itu menulis: "Jawatankuasa NUSSU sedang dalam proses menimbangkan sama ada bagi kes-kes yang mungkin berlaku pada masa akan datang, sebagai sebahagian daripada dasar am terhadap gangguan seksual, dikenakan hukuman lebih berat sebagai langkah pencegahan dan bagi menegakkan hak mangsa."

Jawatankuasa itu menambah pihaknya sedang menyiapkan laporan tentang sama ada garis pandu sedia ada harus disemak semula sementara "menimbangkan proses-proses lain".

Pihaknya mengutuk sebarang bentuk gangguan seksual dan menyifatkannya sebagai "satu masalah serius masyarakat yang perlu ditangani bersama".

Jawatankuasa tersebut juga menggesa mangsa-mangsa gangguan seksual supaya memfailkan aduan kepada NUS, dan memaklumkan kesatuan mahasiswa jika mereka diberitahu supaya jangan melaporkan kes-kes seumpama itu.

"Jawatankuasa NUSSU akur bahawa berbanding mahkamah jenayah, proses pemulihan adalah satu prinsip utama mengenai bagaimana Lembaga Disiplin mengendalikan pesalah dalam kalangan mahasiswanya. Ini kerana NUS adalah sebuah institusi pendidikan," menurut jawatankuasa itu.

"Jawatankuasa NUSSU juga menarik perhatian bahawa Lembaga Disiplin bertindak selaras dengan panduan yang ditetapkan dan menghormati keputusan yang diputuskan secara jujur."

PERTINGKAT KESEDARAN, PENDIDIKAN

Jawatankuasa NUSSU menyatakan bahawa pihak universiti perlu menyemak bagaimana pihaknya menghulurkan sokongan kepada para mangsa, di samping menggesa ketelusan dan pendidikan yang dipertingkat mengenai bagaimana kes-kes serangan seksual ditangani.

Ia juga mahu meningkatkan kesedaran dan pendidikan berhubung gangguan seksual di kampus, sambil "memperkukuh budaya" membuat aduan di NUS.

"Jawatankuasa NUSSU menekankan pentingnya bagi semua anggota NUS memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran di mana gangguan seksual tidak diterima sama sekali," menurut kenyataan itu lagi.

"Ini bukan hanya tanggungjawab pihak pengurusan semata-mata. Jawatankuasa NUSSU menggalak para mahasiswa supaya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kita dapat mewujudkan persekitaran yang memperkasakan, selamat dan boleh diyakini semua pihak." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan