Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesatuan Eropah komited untuk tingkatkan hubungan ekonomi dengan ASEAN

Ini di tengah-tengah latar belakang sentimen di merata dunia yang lebih cenderung 'melihat ke dalam'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2018 07:00PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:35PM

SINGAPURA: Kesatuan Eropah melahirkan minat untuk menjadi pemerhati dalam mesyuarat Para Menteri Pertahanan ASEAN dengan rakan-rakan mereka pada Oktober nanti.

Mesyuarat itu adalah wadah bagi membincangkan isu-isu keselamatan di rantau ini.

Di mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dengan Kesatuan Eropah pada awal Jumaat (3 Jul), Wakil Tinggi EU bagi Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Federica Mogherini, mengulangi komitmen pihaknya untuk meningkatkan hubungan ekonomi dengan ASEAN.

Ini di tengah-tengah latar belakang sentimen di merata dunia yang lebih cenderung 'melihat ke dalam'.

ASEAN dan EU berharap untuk mencapai perjanjian pengangkutan udara yang menyeluruh - yang pertama seumpamanya.

Pada Julai lalu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk memulakan kembali proses mencapai perjanjian dagangan bebas.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan