Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesan kes keracunan makanan terhadap syarikat katering

Seramai 16 kakitangan dan 115 murid tadika dari syarikat pendidikan Busy Bees, jatuh sakit selepas mengambil makanan yang dibekalkan sebuah syarikat katering.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 16 kakitangan dan 115 murid tadika dari syarikat pendidikan Busy Bees, jatuh sakit selepas mengambil makanan yang dibekalkan sebuah syarikat katering.

Beberapa syarikat katering yang dihubungi BERITAmediacorp bimbang, mereka terpalit sama dengan kes keracunan baru-baru ini, lantas menjejas perniagaan mereka pada musim perayaan ini.

Acara perkhemahan Siap Sedia ke Darjah Satu anjuran Pusat Prasekolah Learning Horizon, sebuah anak syarikat Busy Bees, terpaksa dibatalkan pada hari pertama.

Ini selepas 131 pesertanya, yang termasuk 115 murid tadika K2, jatuh sakit.

Semuanya membabitkan kanak-kanak dan guru dari 22 cawangan berbeza termasuk dari tadika Learning Vision.

Pihak berkuasa mengesan puncanya daripada makanan yang disediakan oleh syarikat katering, FoodTalks.

Kes keracunan makanan terbaru ini yang melibatkan begitu ramai mangsa pastinya membimbangkan syarikat katering.

Ia dikhuatiri menjejas keyakinan orang ramai, terutamanya dengan menjelangnya musim perayaan akhir tahun.

"Saya fikir ia akan menjejaskan perniagaan kami. Orang ramai juga bimbang tentang kesihatan mereka," menurut Pengarah Mapollo Catering, Encik Andrew Tan.

"Musim perayaan seperti Krismas semakin hampir, begitu juga sambutan tahun baru dan Tahun Baru Cina pada tahun depan. Jadi, ia mungkin membawa kesan negatif," menurut Encik Mohammad Kalil.

Bahkan, beberapa syarikat juga menerima lebih banyak pertanyaan tentang amalan keselamatan makanan dan kebersihan di tempat mereka.

"Bagi syarikat-syarikat katering, ada beberapa langkah: penyediaan makanan dan kedua, pengangkutan, yang ketiga adalah bagaimana kita menyimpan makanan. Untuk mengurangkan risiko keracunan makanan, dengan jumlah pesanan yang dijangka meningkat, mungkin para pemilik perniagaan boleh mendapatkan kakitangan mereka untuk menjalani semula kursus pengendalian makanan, dan amalan kebersihan, dari awal-awal lagi," kata Pengarah, Program Sains & Teknologi Makanan, Profesor William Chen.

Selain itu, syarikat-syarikat juga perlu membuat persedian lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai cukup kakitangan terlatih untuk memenuhi permintaan musim perayaan yang lebih tinggi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan