Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesan darah di hotel Taipei sepadan DNA bayi yang dipercayai dibuang pasangan S'pura

Hasil ujian mendedahkan kesan darah di sebuah bilik hotel Taipei yang ditempah pasangan Singapura didapati sepadan dengan DNA bayi perempuan baru lahir yang dipercayai dibuang di sebuah loji kitar semula minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesan darah di hotel Taipei sepadan DNA bayi yang dipercayai dibuang pasangan S'pura

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membawa beg yang dipercayai mengandungi mayat bayi. (Petikan gambar dari YouTube)

Diterbitkan : 05 Mar 2019 12:37AM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 12:42AM

SINGAPURA: Hasil ujian mendedahkan kesan darah di sebuah bilik hotel Taipei yang ditempah pasangan Singapura didapati sepadan dengan DNA bayi perempuan baru lahir yang dipercayai dibuang di sebuah loji kitar semula minggu lalu.

Polis Taiwan memberitahu Mediacorp pada Isnin (4 Mac) bahawa hasil ujian forensik menunjukkan bahawa kesan darah itu "sepadan" dengan DNA bayi tersebut.

Bedah siasat akan dijalankan pada Selasa bagi menentukan sekiranya bayi perempuan itu meninggal dunia sebelum atau selepas dilahirkan, lapor Focus Taiwan.

Bayi tersebut ditemui dengan tali pusat masih bersambung pada urinya.

Jika bayi itu mati sebelum dilahirkan, para suspek boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan mayat, menurut Focus Taiwan lagi, sambil menukil pihak polis.

Namun, jika bayi berkenaan mati selepas dilahirkan, mereka boleh didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kematian dan mengabaikan mayat, menurut laporan tersebut.

Seorang pegawai siasatan dari Taiwan berkata bahawa pihaknya akan meminta bantuan daripada pihak berkuasa Singapura menerusi saluran-saluran rasmi apabila siasatan selesai dijalankan.

Mayat bayi perempuan itu ditemui dalam satu beg plastik hitam di loji kitar semula di New Taipei pada 26 Feb. Siasatan mendapati bahawa bayi itu pada awalnya dihumban ke dalam tong sampah dapur di daerah Ximending, Taipei.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuang beg itu ke dalam tong sampah.

Polis Taiwan menyatakan bahawa lelaki dan wanita yang bersamanya ialah warga Singapura, berdasarkan rekod penginapan mereka di hotel Taiwan. Pasangan yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun itu, berangkat ke Taiwan pada 19 Feb dan pulang pada 26 Feb.

Pasangan itu bagaimanapun menafikan bahawa mereka membuang bayi tersebut, dan sebaliknya berkata bahawa wanita itu tidak mengandung.

Lelaki itu pula memberitahu Lianhe Zaobao bahawa dia hairan dengan laporan yang dikeluarkan media Taiwan sambil berkata bahawa dia tidak meninggalkan hotel untuk membuang apa-apa pada pagi 26 Feb.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan