Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes sekolah antarabangsa: Tiada niat culik, pemandu hanya berniat baik

Para pemandu yang mendekati beberapa pelajar dari sekolah-sekolah antarabangsa dan mempelawa mereka menaiki kenderaan, tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menculik mereka. Para pemandu berkenaan hanya ingin membantu menghantar mereka pulang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:32PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:16PM

SINGAPURA: Para pemandu yang mendekati beberapa pelajar dari sekolah-sekolah antarabangsa dan mempelawa mereka menaiki kenderaan, tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menculik mereka. Para pemandu berkenaan hanya ingin membantu menghantar mereka pulang. Demikian menurut polis dalam kenyataannya hari ini (18 Jan).

Ini disahkan polis selepas ia menjalankan siasatan ke atas dua kes berasingan yang melibatkan para pelajar dari UWC Asia Tenggara dan Sekolah Tanglin Trust.

Dalam insiden pertama, di UWC Asia Tenggara, pemandu lelaki berusia 32 tahun tidak mempunyai sebarang niat jahat. Beliau hanya ingin membantu pelajar yang didekatinya itu kerana hujan.

Menurut polis, ibu bapa para pelajar berkenaan sudah dimaklumkan tentang hasil siasatan itu dan mereka "lega kerana ternyata ia hanya satu salah faham".

Dalam kejadian kedua yang melibatkan pelajar dari
Tanglin Trust School pula pemandu bas wanita itu hanya mahu membantu pelajar berkenaan dan menghantarnya ke sekolah.

Namun bas berkenaan tidak mempunyai sebarang nama atau logo sekolah berkenaan lantas pelajar tersebut enggan menaiki bas tersebut.

Pelajar dalam kes ini sudahpun mengesahkan bahawa tiada orang yang turun dari bas berkenaan untuk memaksanya menaiki kenderaan itu.

Manakala dalam kejadian ketiga yang melibatkan seorang pelajar dari Dulwich College, pada bulan lalu - Polis sudah menasihati pelajar terlibat untuk membuat aduan polis, supaya siasatan dapat dijalankan.

"Polis memandang serius laporan sedemikian. Bagaimanpun, kami menggesa orang ramai agar jangan membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak berasas yang mungkin menimbulkan kecemasan awam" tambahnya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan