Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes penipuan kekal jenis jenayah utama di S'pura

Kes-kes penipuan masih merupakan kegiatan jenayah utama di Singapura. Ia menyumbang kepada kenaikan 1.4 peratus dalam statistik jenayah tahunan serta kerugian sebanyak S$158 juta. Demikian menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2019 07:07PM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 12:11AM

SINGAPURA: Kes-kes penipuan masih merupakan kegiatan jenayah utama di Singapura. Ia menyumbang kepada kenaikan 1.4 peratus dalam statistik jenayah tahunan serta kerugian sebanyak S$158 juta.

Demikian dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (20 Feb).

Kes-kes penipuan e-dagang kekal sebagai kes jenayah paling utama, ekoran jumlah urus niaga tinggi melalui pelbagai wadah jual beli dalam talian seperti Carousell, Lazada dan Shoppee.

Antara aduan yang kerap dibuat oleh para pelanggan adalah mengenai barangan yang tidak diterima atau barangan yang diterima tidak sama dengan yang ditempah.

Lantaran itu, SPF bekerjasama dengan wadah-wadah jual beli dalam talian untuk mengenal pasti dalang-dalang penipuan itu.

Misalnya, Carousell mendapati jumlah kes penipuan merosot sebanyak 44 peratus tahun lalu. Ini selepas ia memperkenalkan sebuah ciri bayaran untuk mencegah penipuan.

Setiap urus niaga akan dikunci sehingga barangan yang dijual sah berada dalam keadaan yang baik.

Carousell juga menghantar peringatan dari masa ke masa kepada para pengguna untuk mengingatkan mereka tentang kes-kes penipuan dalam kategori berisiko tinggi seperti hiburan dan barangan elektronik.

Selain itu, Polis menyenaraikan kes penipuan pinjaman wang sebagai kes jenayah yang semakin meningkat, mencatat kadar lonjakan tertinggi sebanyak 150 peratus tahun lalu.

Ini termasuk iklan-iklan khidmat pinjaman wang yang dihantar melalui WhatsApp.

Kes-kes penipuan cinta siber juga masih berleluasa.

Sejak sebuah pasukan bertindak ditubuhkan dua tahun lalu bagi mengatasinya, jumlah kes-kes penipuan cinta siber turun sebanyak 20 peratus. 

Sumber : CNA/HZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan