Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes pecah amanah penjualan minyak: 11 warga Indonesia didakwa

Seramai 11 lelaki Indonesia didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dengan berkomplot untuk mencuri 45 tan metrik minyak marin berharga lebih $17,400.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pecah amanah penjualan minyak: 11 warga Indonesia didakwa

Gambar fail.

Diterbitkan : 07 Feb 2018 10:04PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 10:15PM

SINGAPURA: Seramai 11 lelaki Indonesia didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dengan berkomplot untuk mencuri 45 tan metrik minyak marin berharga lebih $17,400.

Dua daripada yang tertuduh di mahkamah hari ini (7 Feb) adalah pekerja pembekal bahan api, Brightoil Petroleum Singapore.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki-lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di laut sekitar Bedok pada 3.15 pagi, dua hari lalu.

Para pekerja Brightoil Petroleum itu,
yang merupakan pelaut di sebuah kapal tangki Brightoil 326, diamanahkan dengan minyak gas marin.

Mereka didakwa menggelapkan bekalan bahan api itu.

Dalam kenyataan awal, polis berkata minyak itu dipercayai dijual kepada sembilan lelaki yang bekerja di atas kapal tunda berdaftar asing, yang disita untuk siasatan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda.

Ini adalah kes kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan yang pertama melibatkan bahan pembakar bernilai berjuta-juta dolar dari loji Pulau Bukom Shell.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan