Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes 'monkeypox' di S'pura: Pesakit pulih, disahkan tidak berjangkit

Pesakit cacar monyet atau 'monkeypox' yang pertama di negara ini sudah sembuh dan disahkan tidak berjangkit. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes 'monkeypox' di S'pura: Pesakit pulih, disahkan tidak berjangkit

Gambar fail seorang pesakit cacar monyet. (Gambar: Perpustakaan Imej Kesihatan Awam CDC)

Diterbitkan : 28 May 2019 10:00PM Dikemas Kini : 28 May 2019 10:02PM

SINGAPURA: Pesakit cacar monyet atau 'monkeypox' yang pertama di negara ini sudah sembuh dan disahkan tidak berjangkit. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (28 Mei).

Kementerian Kesihatan MOH menyatakan lelaki Nigeria berusia 38 tahun itu sudah dibenarkan keluar dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit pada Jumaat lalu.

Beliau juga sudah meninggalkan Singapura pada hari itu.

Kesemua 22 orang yang berhubung rapat dengan pesakit berkenaan sudahpun selesai menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari - tempoh maksimum pengeraman - dari tarikh akhir terdedah kepada pesakit.

Individu terakhir yang berhubung rapat dengannya sudahpun selesai tempoh kuarantin pada Selasa.

Menurut MOH: "Mereka berada dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan."

Lapan individu lain yang disahkan mengalami risiko rendah dijangkiti cacar monyet dipantau secara aktif, di mana mereka dipanggil dua kali sehari bagi memantau tahap kesihatan masing-masing.

"Sehingga kini, semua individu dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan," menurut MOH, sambil menambah bahawa pantauan aktif akan berakhir pada Khamis.

Cacar monyet jarang berlaku. Virus penyakit itu berjangkit dari haiwan kepada manusia, kebanyakannya di bahagian tengah dan barat Afrika. Ia berlaku apabila seorang individu berhubung rapat dengan haiwan-haiwan yang dijangkiti seperti tikus.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan