Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes kamera tersembunyi dalam tandas NTU: Lelaki 21 tahun ditangkap

Polis menangkap seorang lelaki 21 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes sebuah kamera kecil tersembunyi ditemui dalam tandas orang kurang upaya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes kamera tersembunyi dalam tandas NTU: Lelaki 21 tahun ditangkap

(Gambar fail: NTU)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 09:03PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 09:04PM

SINGAPURA: Polis menangkap seorang lelaki 21 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes sebuah kamera kecil tersembunyi ditemui dalam tandas orang kurang upaya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Dalam kenyataan medianya hari ini (8 Mac), polis menyatakan seorang wanita 58 tahun membuat laporan minggu lalu, bahawa sebuah kamera kecil ditemui dalam tandas.

Mediacorp difahamkan bahawa kamera tersebut ditemui seorang wanita yang bekerja sebagai kontraktor khidmat pencetakan. Beliau kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah.

Selepas menjalankan soal siasat, para pegawai polis dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan memberkasnya semalam (7 Mac).

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu terlibat dalam kes-kes serupa yang lain, menurut polis. Sebuah komputer riba, telefon bimbit dan dua kamera kecil dirampas sebagai bahan bukti, tambah polis.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengganggu ketenteraman awam boleh didenda sehingga S$1,000, manakala jika sabit kesalahan mencabul kehormatan wanita boleh dipenjara sehingga setahun dan/atau didenda.

Siasatan polis terhadap lelaki tersebut masih dijalankan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan