Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes denggi pada 2019 melepasi jumlah keseluruhan tahun lalu

Kes denggi yang dilaporkan pada 2019 sejauh ini melebihi jumlah keseluruhan kes pada 2018, menurut perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes denggi pada 2019 melepasi jumlah keseluruhan tahun lalu

Gambar fail nyamuk. (Gambar; AFP)

Diterbitkan : 17 May 2019 10:31PM Dikemas Kini : 17 May 2019 10:34PM

SINGAPURA: Kes denggi yang dilaporkan pada 2019 sejauh ini melebihi jumlah keseluruhan kes pada 2018, menurut perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Sehingga 3.00 petang pada Khamis (16 Mei), sebanyak 3,455 kes denggi dilaporkan di sini pada 2019. Jumlah ini lebih tinggi daripada 3,285 kes yang dilaporkan pada 2018 dan 2,772 kes pada 2017.

Tiga orang maut akibat denggi tahun ini, di tengah-tengah lonjakan bilangan kes. Ketiga-tiga mangsa ialah warga emas yang meninggal dunia antara Februari hingga Mac tahun ini.

NEA menerima 291 laporan kes denggi bagi minggu berakhir 11 Mei, jumlah mingguan tertinggi dicatatkan sejauh ini bagi tahun 2019.

"Jumlah kes denggi yang dilaporkan setiap minggu menunjukkan trend meningkat, kepada dua kali ganda dalam tempoh tujuh minggu lalu," menurut laman agensi itu.

Perangkaan NEA menunjukkan sehingga Isnin, terdapat 44 kelompok aktif denggi. Lima kelompok terbesar terletak di:

  • Woodlands Avenue 6/Woodlands Crescent/Woodlands Drive 60/Woodlands Drive 72
  • Woodlands Avenue 6/Woodlands Drive 62 /Woodlands Drive 73/Woodlands Drive 75
  • Chai Chee Drive/Chai Chee Road/Chai Chee Street
  • Guillemard Road/Lorong 8 Geylang/Lorong 12 Geylang/Lorong 14 Geylang/Lorong 16 Geylang/Lorong 20 Geylang/Lorong 22 Geylang/Westerhout Road
  • Jalan Chengam/Jalan Gelenggang/Jalan Kuras/Jalan Leban/Jalan Tarum/Sembawang Hills Drive/St Nicholas View/Thomson Walk

"Sedang kami menghampiri musim lebih panas dari Jun hingga Oktober, kami menjangkakan lebih banyak jangkitan denggi di sini aakibat pembiakan nyamuk Aedes yang lebih pantas dan tempoh pengeraman lebih singkat bagi virus denggi," menurut NEA.

"NEA menggesa semua anggota masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan untuk mengambil langkah aktif untuk mengawal jumlah nyamuk."

Agensi itu menyatakan orang awam boleh mengekang penularan denggi dengan membuang air bertakung di persekitaran mereka. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan