Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes denggi naik tiga kali ganda bagi separuh pertama Jan berbanding 2018

Jumlah kes denggi meningkat bagi empat minggu berturut-turut, yang mana terdapat 455 kes dilaporkan pada dua minggu pertama bulan ini. Jumlah tersebut tiga kali lebih tinggi berbanding tempoh sama pada Jan 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes denggi naik tiga kali ganda bagi separuh pertama Jan berbanding 2018

Dr Khor berkongsi tips dengan para penduduk di Jurong West tentang cara-cara cegah pembiakan denggi. (Gambar: Amy Khor/Facebook)

SINGAPURA: Jumlah kes denggi meningkat bagi empat minggu berturut-turut, yang mana terdapat 455 kes dilaporkan pada dua minggu pertama bulan ini. Jumlah tersebut tiga kali lebih tinggi berbanding tempoh sama pada Jan 2018.

Demikian didedahkan Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan, Dr Amy Khor menerusi catatan Facebooknya hari ini (19 Jan).

"Kami menjangkakan cuaca yang tidak menentu merangsang pembiakan nyamuk dan memburukkan lagi penularan penyakit dibawa nyamuk," tulis Dr Khor.

Maka itu, beliau menggesa penduduk supaya terus berwaspada dan memainkan peranan dalam usaha pencegahan denggi.

"Terdapat banyak tempat dalam rumah di mana denggi boleh membiak seperti dalam baldi, rak pinggan, alas pasu bunga dan pasu-pasu. Saya menggesa orang ramai supaya kekal berwaspada dan melakukan #MozzieWipeout. Buang air yang bertakung dan elak pembiakan nyamuk di sekitaran kami."

Awal dari itu, Dr Khor mengunjungi para penduduk di Jurong West Street 73 untuk berkongsi beberapa tips mencegah pembiakan denggi menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

"Sempena musim perayaan ini, ramai yang akan sibuk mengemas rumah, membuang perabot dan membeli pokok-pokok pasu untuk menghiasi rumah. Sekiranya ada air bertakung semasa melakukan kegiatan-kegiatan ini, akan ada lebih banyak tempat bagi pembiakan nyamuk Aedes aegypti," tambah Dr Khor.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang #MozzieWipeout, anda boleh menonton video berikut: 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan