Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes curi pakaian dalam wanita di Bukit Batok, lelaki 63 tahun, ditangkap

Seorang lelaki, 63 tahun, yang disyaki mencuri pakaian dalam wanita dari jemuran-jemuran di Bukit Batok sudahpun ditangkap, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes curi pakaian dalam wanita di Bukit Batok, lelaki 63 tahun, ditangkap

Petikan skrin video yang dimuat naik Li Jianbin di Facebook.

Diterbitkan : 27 Feb 2018 06:04PM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 06:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, 63 tahun, yang disyaki mencuri pakaian dalam wanita dari jemuran-jemuran di Bukit Batok sudahpun ditangkap, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (27 Feb).

Lelaki itu ditangkap pada sekitar 8.05 malam semalam(26 Feb). Dia dipercayai terlibat dalam siri kes serupa di estet itu.

Satu aduan polis dibuat pada malam Khamis lalu (22 Feb) selepas seorang lelaki dirakam dalam sebuah video sedang mencuri pakaian dalam dari jemuran di koridor blok flat HDB. Mediacorp difahamkan bahawa beberapa pasang coli dan seluar dalam dicuri.

Video insiden itu dimuat naik online oleh pengguna Facebook, Encik Li Jianbin.

Encik Li menulis dalam bahasa Cina bahawa kejadian itu merupakan kali kelima pakaian dalam dicuri dan lelaki tersebut masih belum ditangkap meskipun beliau sudah membuat aduan polis.

Suspek akan dihadapkan di mahkamah esok (28 Feb) kerana mencuri. Jika didapati bersalah, dia menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan