Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes curi minyak Shell: Lelaki Vietnam berdepan 2 tuduhan baru

Salah seorang lelaki Vietnam yang dituduh menerima minyak yang dicuri dari loji Shell di Pulau Bukom dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan hari ini (16 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2018 07:48PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 09:57PM

SINGAPURA: Salah seorang lelaki Vietnam yang dituduh menerima minyak yang dicuri dari loji Shell di Pulau Bukom dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan hari ini (16 Jan).

Nguyen Duc Quang, 46 tahun, didakwa pada minggu lalu kerana menerima minyak bernilai S$687,960 pada 7 Januari.

Namun, Nguyen didakwa menerima minyak curi pada 2 tarikh lain pada bulan Oktober tahun lalu. Ini membawa kepada pembongkaran satu lagi kes rompakan.

Sebelum ini, dokumen-dokumen mahkamah hanya menyebut minyak bernilai jutaan dolar dicuri dalam beberapa insiden berasingan pada bulan November dan Disember 2017 dan juga Januari 2018.

Tuduhan-tuduhan baru ke atas Nguyen itu melibatkan 1,131 tan metrik minyak curi pada 2 Oktober dan lagi 1,276 tan metrik pada 23 Oktober. Keseluruhannya bernilai AS$1,233,178.

Dokumen-dokumen mahkamah menyatakan pada setiap daripada tiga insiden itu, minyak curi dipindahkan dari loji Bukom kepada Nguyen menerusi kapal, Prime South, yang berdaftar di Panama.

Kapal tersebut dalam perjalanan ke Vietnam (pada waktu itu), menurut lelaman pemantau kapal, Vessel Finder dan Marine Traffic.

Nguyen adalah seorang daripada tiga rakyat Vietnam dan 11 warga Singapura -termasuk lapan kakitangan Shell - yang terkait dalam konspirasi minyak curi tersebut.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan