Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes COVID-19 di M'sia terus susut ke paras bawah 17,600

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (17 Sep) mencatat penurunan apabila merekodkan 17,577 kes berbanding 18,815 semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 di M'sia terus susut ke paras bawah 17,600

Penduduk M'sia kelihatan memakai pelitup di bazar di Kuala Lumpur pada 19 Apr 2021 di tengah COVID-19 (Photo: AP Photo/Vincent Thian)

Diterbitkan : 17 Sep 2021 04:44PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 04:45PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (17 Sep) mencatat penurunan apabila merekodkan 17,577 kes berbanding 18,815 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 2,067,327 kes.

Beliau berkata Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,480 kes, disusuli Selangor (2,646) dan Johor dengan 2,334 kes.

Empat negeri pula mencatatkan kes baru melebihi 1,000 iaitu Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Kelantan (869), Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198), Perlis (41), Putrajaya (31) dan Labuan (10).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit jagaan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 76 peratus daripada 1,611 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 70 peratus daripada 17,043 katil.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan