Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes cacar monyet: Tempoh kuarantin berakhir bagi 18 orang

Seramai 18 orang yang berhubung rapat dengan pesakit cacar monyet (monkeypox) yang pertama di Singapura tamat menjalani tempoh kuarantin pada Selasa (21 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes cacar monyet: Tempoh kuarantin berakhir bagi 18 orang

Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID)

Diterbitkan : 22 May 2019 08:05AM Dikemas Kini : 22 May 2019 08:07AM

SINGAPURA: Seramai 18 orang yang berhubung rapat dengan pesakit cacar monyet (monkeypox) yang pertama di Singapura tamat menjalani tempoh kuarantin pada Selasa (21 Mei).

Mereka ialah dalam kalangan 22 orang yang dikuarantin. Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu.

"18 daripada mereka akan menamatkan tempoh kuarantin hari ini (21 Mei), setelah dipantau selama tempoh maksimum pengeraman 21 hari sejak berhubung dengan pesakit," menurut MOH.

Kementerian itu menambah selebihnya akan menamatkan kuarantin pada hari-hari berbeza kerana tarikh kuarantin mereka juga berbeza.

Orang terakhir dijangka tamat tempoh kuarantin pada 28 Mei.

MOH mendedahkan minggu lalu, mereka yang dikuarantin termasuk lima penduduk Singapura, manakala yang lain berasal dari Britain, India, Ireland, Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Kebanyakan daripada mereka menghadiri bengkel yang sama dengan pesakit cacar monyet tersebut, seorang lelaki warga Nigeria berusia 38 tahun yang disyaki dijangkiti virus jarang ditemui itu selepas memakan daging haiwan liar di sebuah majlis perkahwinan di Nigeria.

Beliau tiba di Singapura pada 28 April dan mula menunjukkan tanda-tanda cacar monyet pada 30 April, sebelum diuji positif bagi penyakit itu pada 8 Mei.

Pesakit itu masih sedang menerima rawatan di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

"Beliau sedang pulih dengan baik dan dalam keadaan stabil," menurut MOH pada Selasa. "Beliau akan dibenarkan pulang selepas pulih sepenuhnya dan disahkan tidak lagi membawa jangkitan."

Di luar Afrika, jangkitan cacar monyet hanya pernah dilaporkan di Amerika Syarikat, Britain dan Israel, menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan