Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes cabul kehormatan wanita: Kamera kecil dijumpai di tandas NTU

Polis sedang menjalankan siasatan setelah sebuah kamera kecil dijumpai di salah satu tandas bagi golongan kurang upaya di Universiti Teknologi Nanyang NTU.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes cabul kehormatan wanita: Kamera kecil dijumpai di tandas NTU

(Gambar fail: NTU)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 07:45PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 09:23PM

SINGAPURA: Polis sedang menjalankan siasatan setelah sebuah kamera kecil dijumpai di salah satu tandas bagi golongan kurang upaya di Universiti Teknologi Nanyang NTU.

Menurut polis, mereka menerima panggilan sekitar jam 5.00 petang semalam (1 Mac) berhubung kes "mencabul kehormatan wanita di Nanyang Drive".

Mediacorp difahamkan bahawa kamera itu dijumpai oleh seorang kontraktor wanita bagi khidmat percetakan dan beliau memaklumkannya kepada pengurusan sekolah.

NTU menyatakan bahawa kamera kecil itu dijumpai di dalam tandas bagi golongan kurang upaya di tingkat bawah tanah di bangunan Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial.

Menurut NTU lagi, polis sudah diberitahu dan peranti itu segera dikeluarkan serta diambil sebagai sebahagian daripada siasatan polis.

Pihak Universiti juga mempertingkatkan rondaan pegawai keselamatan di kawasan itu. 

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan