Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh Telok Kurau: Peguam bela dakwa amah tidak beri keterangan dengan rela

Perbicaraan mengenai kes pembunuhan yang membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, disambung semula pada Selasa (13 Ogos) dengan pihak pembela mendakwa bahawa dia tidak memberikan keterangan polis secara sukarela.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2019 11:30AM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:31PM

SINGAPURA: Perbicaraan mengenai kes pembunuhan yang membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, disambung semula pada Selasa (13 Ogos) dengan pihak pembela mendakwa bahawa dia tidak memberikan keterangan polis secara sukarela.

Daryati, 26 tahun, sedang merayu terhadap tuduhan membunuh majikannya, Seow Kim Choo yang berusia 59 tahun.

Daryati memberikan keterangan kepada seorang pegawai polis sehari selepas dia didakwa menikam dan mengelar majikannya hampir 100 kali di rumah mangsa di Telok Kurau.

Bagaimanapun, peguam belanya kini mendakwa bahawa Daryati memberikan keterangan itu dalam "keadaan terdesak".

Beliau menambah bahawa anak guamnya tidak dalam keadaan yang sesuai untuk melakukan demikian kerana pada masa itu, dia berasa "pening dan loya".

Bagaimanapun Mahathir Mohamad, pegawai yang mengambil keterangannya itu yang kini Penolong Superinten, berhujah bahawa tertuduh kelihatan normal ketika itu.

Beliau turut berkata bahawa Daryati memberitahunya dia sihat untuk memberikan keterangan apabila ditanya sama ada dia boleh berbuat demikian.

Daryati dijangka memberikan keterangan di mahkamah hari ini (14 Ogos).

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan