Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh diri di S'pura naik 10% tahun lalu

Jumlah mereka yang bunuh diri di Singapura naik 10 peratus tahun lalu, dan jumlah budak dan remaja lelaki berusia antara 10 hingga 19 tahun adalah yang tertinggi sejak 1991, menurut Samaritans of Singapore (SOS) hari ini (29 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh diri di S'pura naik 10% tahun lalu

(Gambar: Daniel Reche/Pixabay)

Diterbitkan : 29 Jul 2019 01:22PM Dikemas Kini : 29 Jul 2019 01:26PM

SINGAPURA: Jumlah mereka yang bunuh diri di Singapura naik 10 peratus tahun lalu, dan jumlah budak dan remaja lelaki berusia antara 10 hingga 19 tahun adalah yang tertinggi sejak 1991, menurut Samaritans of Singapore (SOS) hari ini (29 Jul).

Pada 2018, 397 kes bunuh diri dilaporkan berbanding 367 kes pada tahun 2017. Ini bermakna kadar bunuh diri naik kepada 8.36 kematian bagi setiap 100,000 rakyat Singapura berbanding 7.74 pada tahun 2017.

Semua kumpulan usia mencatat peningkatan kecuali mereka berusia 60 tahun dan ke atas, menurut SOS, sebuah agensi pencegahan bunuh diri.

Kematian akibat bunuh diri dalam kalangan belia dan lelaki adalah satu "keprihatinan isu masyarakat yang besar", menurut SOS sambil menambah bahawa bagi setiap 10 kes bunuh diri pada 2018, sekurang-kurangnya tujuh adalah lelaki.

Secara keseluruhan 94 orang berusia antara 10 dengan 29 tahun membunuh diri tahun lalu, tambah SOS.

Sebanyak 19 kes bunuh diri tahun lalu melibatkan lelaki berusia antara 10 hingga 19 tahun. Ini merupakan lonjakan 170 peratus berbanding tujuh kes yang dicatat pada tahun sebelumnya.

GOLONGAN MUDA LEBIH RELA DAPATKAN BANTUAN

"Perkara yang menimbulkan keprihatinan adalah ramai anak muda kita rasa kurang disokong semasa mereka melalui keperitan hidup dan menganggap bunuh diri sebagai satu-satunya pilihan untuk mengakhiri derita dan cabaran mereka," kata Penolong Pengarah Kanan SOS, Wong Lai Chun.

Namun begitu, pada masa yang sama, beliau menarik perhatian bahawa golongan muda juga kini lebih rela untuk mendapatkan bantuan.

Antara mereka yang menulis kepada SOS untuk mendapatkan sokongan emosi, lebih 78 peratus berusia antara 10 hingga 29 tahun. Ini merupakan peningkatan lebih 56 peratus berbanding tahun kewangan lalu yang berakhir pada bulan Mac, menurut SOS.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan