Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh anak: Bapa guna keganasan yang dianggapnya tindakan 'disiplin'

Seorang lelaki yang melalui perbicaraan di mahkamah bersama isterinya kerana dituduh membunuh anak lelaki mereka dipercayai memukul isterinya, menendang kucing peliharaan mereka dan menggunakan kekerasan terhadap mangsa sebagai cara "disiplin".

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh anak: Bapa guna keganasan yang dianggapnya tindakan 'disiplin'

(Gambar: Dokumen mahkamah)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 05:15PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 05:18PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang melalui perbicaraan di mahkamah bersama isterinya kerana dituduh membunuh anak lelaki mereka dipercayai memukul isterinya, menendang kucing peliharaan mereka dan menggunakan kekerasan terhadap mangsa sebagai cara "disiplin".

Ridzuan Mega Abdul Rahman dan isterinya, Azlin Arujunah, kedua-dua berusia 27 tahun, mencabar dakwaan termasuk membunuh dengan menyimbah air panas ke atas anak lelaki mereka berusia lima tahun hingga menyebabkan kematiannya.

Memberi keterangan di mahkamah pada Isnin (18 Nov) ialah pakar psikiatri bagi pihak pendakwa, Dr Cheow Enquan, seorang konsultan bersekutu bersama Jabatan Psikiatri Umum dan Forensik di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Dr Cheow tidak bersetuju dengan laporan psikiatri yang digunakan oleh pihak pembela, yang mendapati Ridzuan menghadapi gangguan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), IED (Intermittent Explosive Disorder) dan gangguan penggunaan hipnotik semasa melakukan kesalahan.

Mangsa dipercayai mengalami kelecuran akibat disimbah air panas sebanyak empat kali dalam tempoh seminggu hingga menyebabkan kematiannya pada lewat Oktober 2016.

Ibu bapa mangsa yang mengambilnya kembali dari ibu bapa titipannya apabila beliau berusia empat tahun, dituduh mendera mangsa dengan pelbagai cara termasuk memukulnya dengan penyapu, mencubitnya dengan pelayar dan mengurungnya dalam sangkat kucing.

Dr Cheow memberitahu mahkamah beliau tidak bersetuju dengan diagnosis gangguan ADHD serta IED tersebut, sambil berkata kriteria bagi gangguan itu kelihatan tidak dipenuhi.

Meskipun Ridzuan memberi contoh tingkah lakunya yang agresif, tiada bukti menunjukkan ia bersifat keterlaluan berbangkit daripada sebarang provokasi atau tekanan, katanya.

Dr Cheow berkata keterangan Ridzuan mengenai kejadian-kejadian itu menunjukkan peningkatan jelas dalam tindakan dispilin dan bukan reaksi secara tiba-tiba seperti dicirikan oleh gangguan IED.

BAPA CUBA PUKUL ANAK LELAKI DAHULU, KEMUDIAN DENDA LEBIH TERUK

"Dalam keterangan tertuduh berhubung dakwaan itu, tertuduh jelas menunjukkan corak denda fizikal yang meningkat sebagai tindakan ke atas kelakuan buruk yang berterusan," kata Dr Cheow,

"Dia menekankan kepada saya bahawa ia bukan tindakan melampau. Sebelum ini, dia cuba memukul tangan budak lelaki itu. Namun apabila kelakuan nakal budak itu berterusan, ia menyebabkannya berasa marah," kata pakar psikiatri itu.

ZAMAN KANAK-KANAK BERMASALAH, ANAK-ANAK LAIN TIDAK DIPUKUL SETERUK MANGSA

Menurut pakar psikiatri itu lagi, Ridzuan mempunyai ciri-ciri serupa dengan seorang yang mempunyai keperibadian anti-sosial tetapi tidak sehingga memerlukan diagnosis formal.

"Tingkah laku agresif sejak zaman kanak-kanak mungkin boleh dapat dijelaskan lebih baik dengan isu kelakuan," katanya.

Bukti daripada zaman kanak-kanaknya termasuk dihantar ke rumah bagi remaja-remaja lelaki berisiko kerana menyimpan bahan-bahan lucah dan menyalahgunakan dadah pada usia muda, mencuri beberapa kali, salah laku di sekolah, mempunyai kaitan dengan geng dan perkelahian bersama rakan-rakan sekelas.

Dr Cheow juga berkata Ridzuan berasa marah apabila mangsa memberitahu bapa saudaranya beliau dipukul tanpa sebarang sebab.

"Dia merasakan kenyataan itu tidak adil, dia merasakan ada sebabnya, dia cuba mendisiplin kanak-kanak itu kerana perbuatannya," kata pakar psikiatri berkenaan.

Pasangan itu dipercayai "panas baran", mengambil dadah bersama dan sering bertengkar kerana pelbagai isu, mahkamah diberitahu.

Ridzuan juga berkata dia memukul isterinya beberapa kali dalam seminggu kerana berasa marah setelah isterinya cuba menahannya daripada keluar dari rumah, kata Dr Cheow.

Pasangan itu juga menganggur, bergantung pada bantuan kewangan dan Ridzuan menjual barangan di wadah Carousell seperti minyak pengasih dan duit lama.

"Ia bukan sesuatu yang dilakukan tanpa sebab," kata Dr Cheow, sambil menjelaskan bahawa seseorang yang mengalami gangguan IED akan bertindak secara keterlaluan sekalipun terhadap provokasi kecil.

Ridzuan mengaku menggunakan denda fizikal terhadap anak-anaknya yang lain, tetapi tidak seteruk mangsa kerana mereka tidak memberi masalah seperti mangsa dan "tidak senakal" mangsa.

Perbicaraan itu diteruskan lagi dengan pihak pembela memeriksa balas Dr Cheow.

Kesalahan membunuh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan