Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes buli jalan raya, pemandu teksi dijel

Dalam satu kes buli jalan raya "melampau", seorang pemandu teksi, 66 tahun, menyalakan api menggunakan penyembur racun serangga dan pemetik api lalu mengacukannya ke arah seorang pemandu lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes buli jalan raya, pemandu teksi dijel

Ng Soon Kim. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 08:58AM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 09:02AM

SINGAPURA: Dalam satu kes buli jalan raya "melampau", seorang pemandu teksi, 66 tahun, menyalakan api menggunakan penyembur racun serangga dan pemetik api lalu mengacukannya ke arah seorang pemandu lain. Atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya, Ng Soon Kim dihukum penjara 14 bulan pada Khamis (24 Jan).

Mahkamah diberitahu pada 1 Mei 2017, Ng, ketika itu memandu teksi Comfort DelGro memotong jalan ke dalam lorong Encik Lam Choon Chai di tempat tunggu teksi di VivoCity.

Tindakannya itu hampir-hampir menyebabkan teksi Transcab yang dipandu Encik Lam melanggar tembok di situ.

Selepas kedua-dua pemandu mengambil penumpang masing-masing, mereka memandu ke arah simpang Harbourfront Walk dan Telok Blangah Road.

Tidak senang dengan perbuatan Ng, Encik Lam menurunkan tingkapnya dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Ng.

Ng turun dari teksinya dan menyembur racun serangga ke arah Encik Lam dua kali menerusi tingkap yang terbuka.

Sebahagian semburan itu terkena mata Encik Lam.

Pada ketika itu, penumpang Encik Lam memekik ke arah Ng.

Kali ketiga, Ng menyembur racun serangga, dia turut memetik api menyebabkan api kecil selama tiga saat.

Polis kemudian dihubungi dan Encik lam dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Kebakaran tersebut menyebabkan Encik Lam mengalami kelecuran darjah pertama pada telinga kiri, pipi dan leher. Rambut dan alis mata kirinya juga terbakar.

Selain dihukum penjara, Ng juga dilarang memegang atau memohon lesen memandu bagi semua jenis kenderaan selama 18 bulan selepas dibebaskan dari penjara. Dia juga diarah membayar pampasan S$115 kepada Encik Lam.

Ng boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, dirotan dan didenda atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sumber : Today/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan