Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes aniaya kucing Ang Mo Kio: Lelaki didakwa lakukan kekejaman ke atas haiwan, ditahan reman di IMH

Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikaitkan dengan siri kes menganiaya kucing di Ang Mo Kio dituduh melakukan kekejaman ke atas haiwan dan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada Rabu (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes aniaya kucing Ang Mo Kio: Lelaki didakwa lakukan kekejaman ke atas haiwan, ditahan reman di IMH

Antara kucing yang dianiaya pada Apr-Mei 2021 di Ang Mo Kio. (Gambar ihsan: Ang Mo Kio South Caregivers and Feeders)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 02:36PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 02:41PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikaitkan dengan siri kes menganiaya kucing di Ang Mo Kio dituduh melakukan kekejaman ke atas haiwan dan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada Rabu (9 Jun).

Leow Wei Liang didakwa menyebabkan kesakitan dan penderitaan keterlaluan ke atas kucing putih dengan tompok kelabu, dengan menggunakan pisau lipat pada 11.00 pagi 2 Mei di tempat letak kereta di Blok 352A, Ang Mo Kio Street 32.

Dia dihadapkan ke mahkamah melalui pautan video sambil menangis dan enggan menunjukkan wajahnya.

Pendakwa berkata Leow terlibat dalam banyak kes penganiayaan kucing di Ang Mo Kio dan meminta agar dia direman di IMH untuk pemerhatian psikiatri selama dua minggu. Hakim membenarkan permintaannya itu.

Leow ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan oleh Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara (NParks) dengan sokongan polis pada pagi Selasa, menurut lembaga itu sebelum ini.

Menurut kumpulan kebajikan haiwan SPCA, 10 ekor kucing dengan luka akibat dikelar ditemui di Ang Mo Kio bulan lalu, setelah seekor kucing yang cedera pertama kali ditemui pada hujung April.

Hukuman bagi pesalah kali pertama yang disabitkan kesalahan atas melakukan kekejaman terhadap haiwan adalah penjara sehingga 18 bulan, denda tidak melebihi S$15,000, atau kedua-duanya.

Pesalah berulang boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun, denda maksimum S$30,000 atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan