Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes AHTC: Sylvia Lim mengaku AP Parti Pekerja 'melanggar tugas'

Pengerusi Parti Pekerja Sylvia Lim selepas disoal bertubi-tubi selama setengah jam pada Isnin (22 Okt) akur bahawa beliau dan para AP di AHTC gagal laksanakan tanggungjawab dengan tidak mendedahkan harga ejen pengurusan baru kepada ahli majlis bandaran yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes AHTC: Sylvia Lim mengaku AP Parti Pekerja 'melanggar tugas'

(Dari kiri) AP Parti Pekerja, Pritm Singh, Low Thia Khiang dan Sylvia Lim meninggalkan Mahkamah Tinggi pada 8 Oktober 2018. (Gambar: Koh Mui Fong/TODAY)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 10:48PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 10:53PM

SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim selepas disoal bertubi-tubi selama setengah jam pada Isnin (22 Okt) akur bahawa beliau dan para Anggota Parlimen (AP) di Majlis Bandaran Aljunied-Hougang Town Council (AHTC) gagal laksanakan tanggungjawab dengan tidak mendedahkan harga ejen pengurusan baru kepada ahli majlis bandaran yang lain.

Cik Lim, Encik Low Thia Khiang, Encik Pritam Singh dan ahli majlis bandaran lain sedang dibicarakan atas tuduhan pembayaran jutaan dolar yang "tidak wajar" yang didakwa dibuat kepada ejen pengurusan FM Services and Solutions (FMSS).

Mereka disaman oleh AHTC dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol Town Council (PRPTC) kerana didakwa melanggar tugas fidusiari mereka ketika melantik FMSS.

Dalam soal siasatnya Encik Davinder Singh, Peguam Kanan bagi PRPTC, menarik perhatian bahawa mantan pengerusi AHTC itu tidak mendedahkan harga yang dikenakan FMSS.

"Ini adalah kontrak paling penting majlis bandaran," kata Encik Singh. "Apabila anda tidak mengeluarkan tender, anda tidak akan dapat harga saingan - maka itu lebih penting untuk mengetahui harga yang dikenakan. Jadi mengapa anda tidak memberitahu majlis bandaran harga yang dikenakan?"

Cik Lim menjawab "tidak ada niat jahat" dalam hal itu dan "pokok pangkal" adalah FMSS komited untuk ambil alih tugas CPG pada harga sedia ada. Beliau akur beliau sepatutnya mendedahkan harganya namun menambah ia tidak disembunyikan dengan sebarang niat tertentu.

Selepas disoal berulang kali oleh Encik Singh sama ada Cik Lim setuju bahawa mereka "gagal dalam laksanakan tanggungjawab" dan digesa Hakim Kannan Ramesh untuk menjawab, Cik Lim akhirnya bersetuju.

AP WP "AMAT MEMILIH" DALAM MEMAKLUMKAN MAJLIS BANDARAN

Semasa menyoal, Encik Singh juga mendakwa Cik Lim gagal dalam satu lagi tanggunjawabnya - dengan tidak memberitahu ahli majlis bandaran tentang bayaran yang dibuat kepada FMSS sebelum kontrak bermula pada 15 Jul 2011.

Beliau mendakwa Cik Lim bersepakat dengan para AP WP lain untuk "amat memilih" tentang apa yang akan diberitahu kepada para ahli majlis bandaran yang lain. Cik Lim menolak dakwaan tersebut.

Perbicaraan diteruskan pada Selasa, dengan Encik Lim dijangka meneruskan soal siasat ke atas Cik Lim.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan