Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes AHTC: Sylvia Lim akui mantan setiausaha majlis bandaran tidak dapat maklumat secukupnya untuk jalankan tugas

Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim ketika didesak di mahkamah mengaku pada Isnin (22 Okt) bahawa disebabkan tindakan beliau, mantan setiausaha Majlis Bandaran Aljunied diletakkan dalam kedudukan di mana beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan betul.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 08:03PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:13PM

SINGAPURA: Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim ketika didesak di mahkamah mengaku pada Isnin (22 Okt) bahawa disebabkan tindakan beliau, mantan setiausaha Majlis Bandaran Aljunied diletakkan dalam kedudukan di mana beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan betul.

Seksyen 20 Akta Majlis Bandaran menetapkan bahawa setiausaha - pada ketika itu Encik Jeffrey Chua, yang juga pengarah urusan ejen pengurusan majlis bandaran CPG Facilities Management - bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan tugas dan hal ehwal Majlis Bandaran.

Meskipun Cik Lim pada 6 Julai 2011 menyebut tentang tender yang tidak lagi perlu dikeluarkan dalam satu emel kepada pemilik ejen pengurusan baru FM Solutions and Services (FMSS), Cik How Eng Fan, Cik Lim tidak memberitahu Encik Chua sama ada tender akan ditawarkan bagi ejen pengurusan baru agar beliau boleh memberi nasihat sewajarnya.

Disoal oleh peguam Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) Davinder Singh sama ada Encik Chua "perlu tahu" hal tersebut sebagai setiausaha, Cik Lim menjawab: "Difikirkan semula, ya. (Namun) saya tidak fikirkannya pada masa itu."

Cik Lim kemudian akur bahawa Encik Chua perlu tahu sebab di sebalik keputusan untuk tidak mengeluarkan tender.

Anggota Parlimen (AP) pembangkang itu sedang memberi keterangan pada hari ketiga sebagai saksi penting pihak pembela dalam perbicaraan sepanjang satu bulan.

Cik Lim, bersama dua lagi AP WP iaitu Encik Low Thia Khiang dan Encik Pritam Singh disaman oleh PRPTC dan sebuah panel bebas yang bertindak bagi pihak Majlis Bandaran Aljunied-Hougang kerana didakwa membuat pembayaran tidak wajar kepada FMSS dan penyedia khidmat majlis bandaran.

Dua lagi anggota majlis bandaran serta Cik How Weng Fan dan mendiang suaminya Danny Loh - yang merupakan penyokong WP dan pemilik FMSS - juga sedang disaman. 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan