Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan sistem daftar AirAsia jejas penumpang di Lapangan Terbang Changi

Ratusan orang terjejas akibat kerosakan pada sistem pendaftaran syarikat penerbangan AirAsia di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi, pagi tadi (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2018 08:56PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 11:06PM

SINGAPURA: Ratusan orang terjejas akibat kerosakan pada sistem pendaftaran syarikat penerbangan AirAsia di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi, pagi tadi (18 Jun).

10 penerbangan juga lewat berangkat.

Menurut seorang penumpang, butiran masa-masa penerbangan yang tertera di skrin tidak dikemaskini.

Kakitangan lapangan terbang juga dikerahkan untuk mengawal keadaan. Mereka yang terjejas diberikan baucar makanan dan minuman.

AirAsia kemudian mengesahkan kerosakan sistem dari 9.41 pagi hingga ke 11.15 pagi, memaksa kakitangannya terpaksa mendaftar masuk para penumpang secara manual.

Pendaftaran automatik sudah dipulihkan dan AirAsia sedang menyiasat punca kerosakan itu.
 

Sumber : CNA/KS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan