Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan MRT di Raffles Place akibatkan kelengahan NSL semasa waktu sibuk petang

Sebuah kereta api rosak di stesen MRT Raffles Place mengakibatkan kelengahan di Laluan Utara-Selatan (NSL) semasa waktu sibuk sebelah petang hari ini (30 Nov), menurut para penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerosakan MRT di Raffles Place akibatkan kelengahan NSL semasa waktu sibuk petang

Keadaan sesak di stesen MRT Newton. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 08:55PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 08:56PM

SINGAPURA: Sebuah kereta api rosak di stesen MRT Raffles Place mengakibatkan kelengahan di Laluan Utara-Selatan (NSL) semasa waktu sibuk sebelah petang hari ini (30 Nov), menurut para penumpang.

Seorang penumpang A Kannan memberitahu Mediacorp semasa beliau menaiki kereta api di stesen Newton sekitar 6.10 petang, beliau terdengar pengumuman mengenai kelengahan akibat kereta api rosak di Raffles Place.

Para penumpang diberitahu untuk menambah 10 minit pada masa perjalanan mereka dari Marina Bay ke Khatib.

Orang ramai dilihat beratur panjang di beberapa stesen, termasuk Newton dan Bishan.

Seorang lagi penumpang Serene Soh, yang dalam perjalanan ke Sembawang dari City Hall memberitahu Mediacorp pada sekitar 5.50 petang, kereta apinya di stesen City Hall "tidak bergerak". Beliau menambah bahawa beliau menaiki kereta api sekitar 15 minit sebelum itu.

Kereta api tersebut mula bergerak tetapi berhenti "di setiap stesen" selama lima minit, katanya lagi.

Pada 6.25 petang, tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh pengendali kereta api.

Awal tadi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa pengendali kereta api diperlukan untuk mengumumkan kepada para penumpang jika kelengahan melebihi 10 minit.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan