Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan kereta api cetus kelengahan di Laluan Circle Line

Kerosakan kereta api menyebabkan kelengahan di Laluan Circle Line (CCL) pada waktu sibuk sebelah pagi Khamis (29 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerosakan kereta api cetus kelengahan di Laluan Circle Line

Kerosakan kereta api sebab kelengahan di Circle Line pada pagi 29 Jul. (Gambar: S Kanasan)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 11:10AM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 11:13AM

SINGAPURA: Kerosakan kereta api menyebabkan kelengahan di Laluan Circle Line (CCL) pada waktu sibuk sebelah pagi Khamis (29 Jul).

Pengendali laluan itu, SMRT memaklumkan para penumpang tentang kelengahan itu melalui catatan di media sosial pada sekitar 9.00 pagi.

Catatan pertamanya menasihatkan para penumpang supaya menambah lagi 30 minit kepada waktu perjalanan antara Caldecott dengan Kent Ridge. Ia menyatakan dalam catatan-catatan seterusnya bahawa khidmat kereta api akan terus tertangguh.

Pada 10.00 pagi, ia memuat naik satu lagi kemas kini untuk memaklumkan para penumpang bahawa khidmat kereta api antara Caldecott dengan Kent Ridge sudah disambung semula.

Khidmat percuma bagi bas ulang-alik antara Bishan dengan HarbourFront turut disediakan, menurut catatan itu. Satu lagi bas ulang-alik juga disediakan antara Caldecott dengan Kent Ridge.

Di stesen Buona Vista, sebuah pusat pertukaran antara CCL dengan Laluan Timur-Barat (EWL), para penumpang digalak supaya menggunakan bas ulang-alik.

"Sila menaiki bas kerana ia akan mengambil masa yang sangat panjang. Berlaku kerosakan kuasa," kata seorang kakitangan sedang keadaan di stesen tersebut bertambah sesak.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan