Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama S'pura-M'sia berjaya tumpaskan sindiket dadah di Johor

Operasi bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Malaysia, NCID, berjaya menumpaskan sebuah sindiket dadah Johor yang membekalkan sejumlah besar dadah kepada para pengedar di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 07:03PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:50PM

SINGAPURA: Operasi bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Malaysia, NCID, berjaya menumpaskan sebuah sindiket dadah Johor yang membekalkan sejumlah besar dadah kepada para pengedar di Singapura.

CNB turut merampas 2.85 kilogram dadah heroin di Singapura.

Demikian menurut kenyataan media CNB hari ini (8 Apr).

Pada Selasa lalu (3 Apr), dua lelaki rakyat Singapura berusia 45 tahun dan 55 tahun ditangkap di Alexandra Road.

Sekitar 470 gram dadah heroin ditemui di dalam kereta yang mereka naiki.

Dadah yang ditemui dalam kereta rakyat Singapura itu. (Gambar: CNB)

Dadah yang ditemui dalam kereta rakyat Singapura itu. (Gambar: CNB)

Dua lagi suspek warga Malaysia, lelaki berusia 25 tahun dan 27 tahun kemudian diberkas di simpang antara Alexandra Road dengan Telok Blangah Road. Wang tunai S$2,500 ditemui pada setiap lelaki itu.

Para pegawai CNB kemudian memeriksa tempat kerja lelaki Malaysia berusia 25 tahun itu dan menemui 2,380g heroin dan 525g 'Ice' dalam lokernya.

Loker yang digunakan warga Malaysia itu. (Gambar: CNB)

Loker yang digunakan warga Malaysia itu. (Gambar: CNB)

Pada hari yang sama, para pegawai CNB turut memberkas dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket yang sama.

Kedua-duanya, rakyat Singapura berusia 23 dan 26 tahun ditangkap di sebuah pasaraya di Choa Chu Kang Avenue 3.

Bungkusan kecil dadah 'ice' ditemui pada suspek berusia 23 tahun itu.

Susulan itu, NCID melancarkan operasi pada keesokan harinya dan memberkas 10 suspek - sembilan warga Malaysia dan seorang wanita warga asing.

Sejumlah 11.5kg dadah heroin dan 61g 'Ice' ditemui dalam operasi tersebut. Enam kereta turut dirampas.

Siasatan sedang dijalankan ke atas enam suspek itu. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan