Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama pemerintah, pemimpin industri penting bagi perjalanan udara bebas kuarantin: Iswaran

Kerjasama Pemerintah dengan pemimpin industri penting dalam usaha membangunkan semula keyakinan awam, dan membuka semula sempadan dengan perjalanan udara bebas kuarantin secara selamat, kata Menteri Pengangkutan S Iswaran pada Selasa (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2021 02:08PM Dikemas Kini : 13 Oct 2021 10:35PM

SINGAPURA: Kerjasama Pemerintah dengan pemimpin industri penting dalam usaha membangunkan semula keyakinan awam, dan membuka semula sempadan dengan perjalanan udara bebas kuarantin secara selamat, kata Menteri Pengangkutan S Iswaran pada Selasa (12 Okt).

Bercakap di Sidang Peringkat Tinggi COVID-19 Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) secara maya, Encik Iswaran menggariskan langkah yang dibuat "menerusi pendekatan berasaskan bukti, disesuaikan mengikut risiko".

Dengan 85 peratus penduduk sudah lengkap divaksin, Singapura melancarkan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) ke 11 negara di Asia, Eropah dan Amerika Utara. VTL bagi Korea Selatan juga merupakan yang pertama antara dua hab perniagaan utama di Asia, kata Encik Iswaran.

"Kami akan melakukan lebih banyak lagi dengan semua rakan kerja dan berharap VTL ini dapat bertindak secara panduan bagi lebih banyak negara dan rantau berhubung semula dengan selamat," katanya.

BINA SEMULA SISTEM PENERBANGAN GLOBAL LEBIH BERDAYA TAHAN

Seramai 46 menteri pengangkutan dari merata dunia menyertai sesi Pleno peringkat Menteri Sidang ICAO COVID-19 itu termasuk Encik Iswaran yang memimpin rombongan dari Singapura, kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Para menteri membincangkan tentang dasar penerbangan awam dan isu-isu kawal selia termasuk kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan keselamatan sektor penerbangan antarabangsa, menurut MOT.

Pada Selasa, Encik Iswaran menggesa negara-negara anggota supaya bersatu untuk "membangunkan semula sebuah sistem penerbangan global yang lebih kukuh, selamat dan berdaya tahan".

Pemerintah dan pemimpin industri "mesti bekerjasama dari segi penyambungan semula operasi secara selamat, membangunkan kapasiti dan keupayaan penting dan melabur dalam huraian mampan untuk masa depan", katanya.

Beliau juga menarik perhatian peranan dimainkan ICAO dalam menyatukan negara-negara untuk "mengorak langkah ke arah norma baru pasca pandemik" dan merangsang negara-negara anggota untuk menyambung semula ketersambungan dan "merancakkan semula ekonomi global".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan