Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama PA dan M³ bantu doktor Melayu/Islam dampingi lebih ramai anggota masyarakat semasa pandemik

Kerjasama yang terjalin antara M³ dengan Persatuan Rakyat (PA) berjaya memperluaskan lagi jangkauan kepada segenap masyarakat Melayu/Islam, terutama sekali di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama PA dan M³ bantu doktor Melayu/Islam dampingi lebih ramai anggota masyarakat semasa pandemik

(Gambar: PA)

Diterbitkan : 23 Oct 2020 03:29PM Dikemas Kini : 23 Oct 2020 05:09PM

SINGAPURA: Kerjasama yang terjalin antara M³ dengan Persatuan Rakyat (PA) berjaya memperluaskan lagi jangkauan kepada segenap masyarakat Melayu/Islam, terutama sekali di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Demikian pandangan dua doktor Melayu/Islam tempatan, Dr Fadzil Hamzah dan Dr Elly Sabrina, bersama PA pada Khamis (22 Okt) semasa mengongsi pengalaman mereka melakukan kerja-kerja sukarela.

Antara contoh-contoh pelibatan para doktor Melayu/Islam dengan PA serta M³ sejak COVID-19 mula melanda negara ini adalah penerbitan video berbentuk nasihat kepada warga senja dalam masyarakat.

Since the start of COVID-19, a group of doctors under the M³ programme have come together to produce short videos...

Posted by The People's Association on  Thursday, 22 October 2020

Dalam video yang diterbitkan pada April lalu, para karyawan kesihatan mengingatkan masyarakat supaya menjaga kesihatan, duduk di rumah dan mematuhi peraturan jarak selamat.

"Oleh kerana kerjasama dengan M³ dan Persatuan Rakyat (PA), video kami berupaya mendampingi lebih ramai anggota masyarakat dan spektrum masyarakat yang lebih luas," kata Dr Fadzil, seorang sukarelawan mapan dan pakar perubatan sukan.

"Dengan platform seperti itu, kita dapat melibatkan diri, mendidik dan memperkasakan orang ramai dengan lebih baik, menyampaikan mesej untuk menjangkaui lebih ramai penduduk," kongsinya dengan PA.

"Bagi saya, melakukan kerja sukarela dengan M³ menyediakan wadah untuk melakukan apa yang selalu saya lakukan di klinik saya pada skala yang jauh lebih besar," kata Dr Elly, seorang doktor keluarga dan pengamal am.

"Pandemik ini menjadi pemangkin untuk kita beralih kepada khidmat dalam talian. Dengan pelaksanaan langkah-langkah jarak selamat, kami terpaksa mengubah cara kami berkongsi maklumat dan memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan dan mengemas kini nasihat berhubung kesihatan dan perubatan."

Walaupun terdapat sekatan COVID-19, Dr Fadzil menyifatkannya sebagai satu hikmah di sebalik cabaran yang besar ini.

"Saya lebih cenderung bertemu muka, tetapi sekarang saya belajar kelebihan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi," kata beliau.

"Ia juga memaksa kami untuk berinovasi ketika mendampingi golongan masyarakat yang berlainan - dengan sebahagian daripada mereka tidak celik teknologi, atau tidak memiliki khidmat WiFi atau telefon bijak," tambah beliau.

Bagi kedua-dua doktor itu, perpaduan yang diperlihatkan oleh para penduduk dan badan-badan amal paling membawa kepuasan dalam proses kerjasama ini.

"Hasil terbaik datang daripada kerjasama dan usaha yang konsisten daripada semua orang. Bersama-sama, kami berjaya mengembangkan jangkauan sosial dan fizikal yang baru untuk beroperasi dalam norma baru dengan lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Dr Elly. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan