Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama M³, SGTeguhBersatu & badan Melayu/Islam akan diperkukuh; bantu masyarakat terus sesuaikan diri dengan norma baru

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji usaha pasukan bertindak SGTeguhBersatu, rangkaian M³ serta badan-badan Melayu/Islam yang tidak putus-putus membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memuji usaha pasukan bertindak SGTeguhBersatu, rangkaian M³ serta badan-badan Melayu/Islam yang tidak putus-putus membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Encik Masagos melahirkan penghargaannya itu dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (8 Mei).

Menurut Encik Masagos, bantuan yang dihulurkan itu membantu masyarakat menyesuaikan diri dengan lebih baik sepanjang pandemik ini.

Beliau juga menukil badan-badan Melayu/Islam yang turut menyingsing lengan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat semasa tempoh yang mencabar ini.

"Badan-badan seperti Mendaki SENSE, SMCCI dan NTUC menyingsing lengan dan membantu pencari kerja dan para peniaga bangkit semula, meningkatkan kemahiran mereka, dan bersiap sedia untuk masa depan yang lebih cerah.

"Pada masa yang sama, inisiatif-inisiatif MUIS dan Pergas menolong para asatizah memperkukuh kemahiran mereka dan AMP serta PPIS turut membantu mereka yang terjejas termasuk memberi perhatian kepada kesejahteraan mental mereka.

"Terima kasih anggota SGTB dan badan-badan Melayu/Islam yang tampil dan memberi sokongan kepada masyarakat kita dalam masa-masa mencabar ini," kata Encik Masagos.

Sebelum mengakhiri catatannya itu, Encik Masagos berkata kerjasama antara M³ dengan anggota SGTeguhBersatu dan badan-badan Melayu/Islam akan terus diperkukuhkan bagi membantu masyarakat kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri dengan norma-norma baru dalam menghadapi era pasca COVID-19.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan