Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama IMDA dengan 2 syarikat media baru sokong kandungan, bakat tempatan

Dua kerjasama baru dimeterai untuk merangsang kandungan dan bakat tempatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2020 08:09PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 08:51PM

SINGAPURA: Dua kerjasama baru dimeterai untuk merangsang kandungan dan bakat tempatan. 

Ia merupakan antara inisiatif Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi membantu sektor media merangkul peluang dalam era digital.

Salah satu kerjasama adalah dengan platform buku audio dan podast Audible untuk melatih tenaga kerja serta mengedarkan kandungan asli di sini.

Ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 70 karyawan media dan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan.

Di bawah kerjasama yang lain, KC Global Media Singapore yang memiliki saluran kabel seperti AXN dan Animax akan bekerjasama dengan firma-firma tempatan untuk menghasilkan skrip-skrip bagi penonton di rantau ini.

Sekitar 80 projek baru telah mendapat sokongan dari dana bernilai S$8 juta untuk menghasilkan kandungan dalam bentuk cerita pendek.

22 daripada kandungan tersebut diedarkan di platform-platform digital seperti meWATCH dan Viddsee pada bulan lalu.  

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan