Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama awam, swasta penting bagi tangani cabaran sejagat, tekan SM Tharman

Kerjasama antara sektor-sektor kedermawanan  swasta dengam awam adalah penting pada masa-masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama awam, swasta penting bagi tangani cabaran sejagat, tekan SM Tharman

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menyampaikan ucapan di Sidang Puncak Dermawan Asia yang diadakan pada 15 Nov 2021.

Diterbitkan : 15 Nov 2021 04:22PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 04:25PM

SINGAPURA: Kerjasama antara sektor-sektor kedermawanan swasta dengam awam adalah penting pada masa-masa akan datang.

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama sedemikian dapat membantu menangani cabaran-cabaran global terbesar seperti perubahan iklim dan ketidaksamaan yang kian meluas.

Beliau menggesa badan-badan amal agar tidak sekadar menyumbang derma wang semata-mata tetapi sebaliknya mengusahakan tindakan bersama.

Berucap di Sidang Puncak Dermawan Asia yang diadakan buat julung-julung kalinya siang tadi (15 Nov), Encik Tharman berkata jumlah sumbangan derma di merata dunia kian bertambah di tengah-tengah pandemik.

Beliau menyeru agar usaha sedemikian tidak hanya dijayakan sekali-sekala.

Menurut Encik Tharman, sumbangan itu boleh diteruskan dengan menjalin kerjasama dan mencari kaedah untuk saling menggalak antara satu sama lain serta menggembleng kemahiran dan kepakaran. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan