Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama Arkib Negara-Mediacorp, siarkan video S'pura masa dulu di Toggle

Bagi menggalak lebih ramai orang untuk menikmati kandungan audiovidual oleh Arkib Negara, agensi itu akan bekerjasama dengan Mediacorp untuk menyiarkan video-video tersebut di Toggle secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerjasama Arkib Negara-Mediacorp, siarkan video S'pura masa dulu di Toggle

Encik Iswaran mengumumkan kerjasama itu dalam penampilan rasmi pertamanya sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan.

Diterbitkan : 03 May 2018 11:21PM Dikemas Kini : 03 May 2018 11:34PM

SINGAPURA: Bagi menggalak lebih ramai orang untuk menikmati kandungan audiovidual oleh Arkib Negara, agensi itu akan bekerjasama dengan Mediacorp untuk menyiarkan video-video tersebut di Toggle secara percuma.

Kumpulan pertama kandungan video itu akan memaparkan keadaan Singapura pada era 1960-an dan akan dimuat naik ke Toggle setiap minggu.

Demikian diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran hari ini (3 Mei) di Malam Penghargaan Penderma di Perpustakaan Negara.

Ia juga merupakan acara rasmi pertama Encik Iswaran sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan.

"Kami sudahpun mempunyai koleksi yang sangat kaya di perpustakaan negara tetapi saya rasa yang penting ialah mereka akan menghasilkan kandungan audiovisual bersama Mediacorp, untuk disiarkan secara online di Toggle. Kandungan pertama akan disiarkan lewat bulan Mei. Saya rasa ia penting kerana ia akan meluaskan lagi kumpulan orang yang didampingi, mengumpul dan memulihara barangan atau warisan yang sangat berharga, kita harus meneroka cara-cara baru untuk menyampaikannya."

Kerjasama itu akan membawa rekod-rekod audio visual yang dihasilkan pada 1960-an terutama sekali klip dari rancangan Berita Singapura dalam bentuk filem, kembali ke rumah para penonton iaitu satu pengalaman yang dikongsi bersama oleh rakyat Singapura pada era itu.

Filem-filem Berita Singapura memaparkan aspek-aspek pembangunan negara, perkembangan sosio-budaya dan ekonomi negara serta pengalaman bersama rakyat Singapura pada dekad itu.

Selain filem-filem Berita Singapura, Arkib Negara juga akan menyertakan kisah-kisah masa silam di Toggle seperti rancangan pendidikan di televisyen yang ditonton rakyat Singapura semasa di bangku sekolah pada suatu ketika dulu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan