Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerjasama antarabangsa penting dalam atasi COVID-19: Heng Swee Keat

Kerjasama antara negara-negara antarabangsa dan masyarakat terbukti amat penting dalam menangani pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2021 07:58PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 09:20PM

SINGAPURA: Kerjasama antara negara-negara antarabangsa dan masyarakat terbukti amat penting dalam menangani pandemik COVID-19.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata kajian dan inovasi yang berterusan dalam masyarakat saintifik antarabangsa adalah tunggak untuk mengatasi dan bangkit lebih teguh daripada pandemik ini.

Encik Heng berkata demikian di pembukaan Sidang Puncak Saintis Muda Antarabangsa pada Selasa (12 Jan).

Menurutnya, dengan membina kerjasama yang positif merentas disiplin, sempadan, industri, akademia dan pemerintah, ia akan membolehkan dunia bukan sahaja mengatasi pandemik tetapi juga cabaran-cabaran global lain seperti kemiskinan, penduduk yang semakin menua serta perubahan iklim. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan