Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja ubah elok rumah perlu disambung dengan selamat: Lawrence Wong

Untuk projek ubah elok rumah diteruskan, peraturan mesti dipatuhi terlebih dahulu agar kerja-kerja dapat dilakukan dengan selamat untuk mencegah penularan COVID-19, kata Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja ubah elok rumah perlu disambung dengan selamat: Lawrence Wong

(Gambar: Rene Asmussen/Pexels)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 10:07AM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 10:17AM

SINGAPURA: Untuk projek ubah elok rumah diteruskan, peraturan mesti dipatuhi terlebih dahulu agar kerja-kerja dapat dilakukan dengan selamat untuk mencegah penularan COVID-19, kata Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong.

Bercakap pada Isnin (1 Jun) semasa sidang media pasukan petugas berbilang kementerian bagi menangani pandemik COVID-19, beliau berkata: “Saya menghargai bahawa ramai kontraktor berharap untuk menyambung semula kerja. Saya juga menghargai bahawa ramai individu bersungguh-sungguh ingin kontraktor mereka menyambung semula kerja-kerja ubah elok.

"Kami mahu kerja-kerja ini disambung semula secepat mungkin tetapi kami perlu memastikan syarat dipenuhi dan ia dilakukan dengan selamat."

Mediacorp pada Ahad melaporkan bahawa ramai kontraktor dan kontraktor kecil yang mengendalikan kerja-kerja ubah elok di kediaman menghadapi pelbagai kesukaran untuk memulakan semula kerja kerana garis panduan baru yang mereka perlu patuhi.

Ini termasuk menyerahkan borang permohonan mereka dengan sempurna, memohon untuk kursus latihan dalam talian dan memastikan para pekerja mereka diuji untuk COVID-19.

Encik Wong berkata bahawa semua ini adalah "peraturan sangat baru" bagi kontraktor dan juga untuk Pemerintah seliakan dan laksanakan.

Meskipun sejumlah garis panduan telah ditetapkan, beliau menekankan semuanya perlu dan beliau menggesa semua pihak yang terlibat untuk mematuhi garis panduan ini dengan sabar dan sistematik.

Beliau menambah bahawa Pemerintah akan bekerjasama dengan kontraktor berdasarkan garis panduan ini kerana mereka berada di lapangan kerja dan mungkin akan memikirkan idea inovatif berdasarkan pengalaman mereka sendiri yang boleh mencapai hasil yang sama.

"Kami juga akan mendengar maklum balas mereka dan meneliti proses mereka untuk memastikan kerja binaan disambung dengan selamat," katanya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan