Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja pembinaan 5 stesen MRT Laluan Daerah Jurong bermula 2020

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi dua kontrak bernilai sekitar S$739.5 juta keseluruhannya untuk membina lima stesen MRT Laluan Daerah Jurong (JRL). Menurut kenyataan media LTA hari ini (10 Sep) kerja-kerja pembinaan itu dijangka bermula tahun depan dan selesai menjelang 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2019 05:28PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 12:50AM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi dua kontrak bernilai sekitar S$739.5 juta keseluruhannya untuk membina lima stesen MRT Laluan Daerah Jurong (JRL).

Menurut kenyataan media LTA hari ini (10 Sep) kerja-kerja pembinaan itu dijangka bermula tahun depan dan selesai menjelang 2026.

Tiga stesen - Choa Chu Kang, Choa Chu Kang West dan Tengah - serta jejambat sepanjang 4.3 kilometer antara stesen-stesen Choa Chu Kang dengan Tengah akan direka dan dibina oleh syarikat Shanghai Tunnel Engineering.

Syarikat tersebut memenangi kontrak bernilai lebih $465.2 juta.

Kontrak tersebut merangkumi kerja-kerja penambahan dan penyesuaian pada stesen Choa Chu Kang yang sedia ada di Laluan Utara-Selatan (NSL) untuk menghubungkannya dengan stesen JRL baru.

Stesen Hong Kah dan Stesen Corporation, serta sebuah jejambat 3.4 kilometer antara kedua-duanya akan dibina oleh syarikat-syarikat Eng Lee Engineering dan Wai Fong Construction.

Kontrak berkenaan bernilai S$274.3.

Diumumkan pada Mei 2018, laluan MRT ketujuh Singapura itu berukuran kira-kira 24 kilometer dan mempunyai 24 stesen.

Ia dijangka dibuka dalam tiga fasa mulai tahun 2026.

Pada tahun-tahun awal operasinya, pihak berkuasa meramalkan 200,000 penumpang akan menggunakan Laluan Daerah Jurong setiap hari yang kemudiannya dijangka bertambah kepada setengah juta orang.

Sumber : CNA/AA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan