Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerja naik taraf 2 tahun selesai; Jelutung Harbour Park, dibuka semula

Lebih banyak cara bagi para penduduk Sembawang untuk menyejukkan badan dalam musim panas dengan pembukaan semula Jelutong Harbour Park, hari ini (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2018 06:04PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 12:52AM

SINGAPURA: Lebih banyak cara bagi para penduduk Sembawang untuk menyejukkan badan dalam musim panas dengan pembukaan semula Jelutung Harbour Park, hari ini (23 Sep).

Terletak di estet perumahan Canberra, ia merupakan taman HDB yang pertama di Singapura, lengkap dengan taman permainan air.

Dengan pelbagai alat pemancur air, taman permainan ini sangat popular di kalangan golongan muda estet perumahan ini.

Sistem penapisan yang digunakan memastikan air di taman ini dikitar semula dan tidak mudah dibazirkan.

Ciri-ciri lain termasuk sudut bersenam dan kawasan BBQ.

Taman yang menjalani kerja-kerja naik taraf selama dua tahun ini turut dilengkapi buaian mesra kerusi roda.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan