Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbakar di PIE; nahas libatkan 2 lagi kereta

Sebuah kereta terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) malam semalam (10 Jan) dalam kemalangan yang dipercayai melibatkan dua lagi kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta terbakar di PIE; nahas libatkan 2 lagi kereta

Petikan gambar video kemalangan tersebut. (Gambar: Mohd Irwan Rashid/ Facebook)

Diterbitkan : 11 Jan 2018 08:39AM Dikemas Kini : 11 Jan 2018 08:41AM

SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) malam semalam (10 Jan) dalam kemalangan yang dipercayai melibatkan dua lagi kereta.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia mendapat tahu tentang kebakaran kenderaan di PIE yang meghala ke Tuas selepas jalan susur keluar Clementi Ave 6 pada 8.55 malam. Ia memadamkam kebakaran menggunakan satu jet air.

Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kebakaran.

Satu video yang dimuat naik pengguna Facebook Mohd Irwan Rashid menunjukkan sebuah kereta dijilat api sepenuhnya di lorong kanan jalan raya. Terdapat dua lagi kereta yang bertembung, berdekatan dengan kereta yang terbakar itu.

Encik Mohd Irwan memberitahu Mediacorp bahawa kesesakan trafik berlaku di tempat kemalangan, namun tiada kesesakan di PIE.

Satu lagi kereta yang mungkin terlibat dalam kemalangan – antara kereta yang terbakar dan satu lagi kereta putih - juga mengalami kerosakan pada bahagian belakangnya. Demikian menurut gambar-gambar yang dikongsi pengguna Facebook, Benjamin Edmund Yang.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet tentang kemalangan tersebut pada 9.07 malam dan memberitahu orang ramai supaya mengelakkan lorong pertama di PIE yang menghala ke Tuas selepas jalan susur keluar Clementi Ave 6.

Lima minit kemudian, ia mengirimkan satu lagi tweet untuk memberitahu para pemandu supaya mengelak lorong pertama dan kedua. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan