Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbakar dalam terowong; pemandu wanita dibawa ke hospital

Seorang wanita dibawa ke hospital selepas sebuah kereta terbakar di terowong SLE menghala ke BKE di susur keluar menuju TPE. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta terbakar dalam terowong; pemandu wanita dibawa ke hospital
Diterbitkan : 02 Nov 2021 10:45PM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 01:46PM

SINGAPURA: Seorang wanita dibawa ke hospital selepas sebuah kereta terbakar di terowong SLE menghala ke BKE di susur keluar menuju TPE. 

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5.00 petang, menurut polis.

"Seorang pemandu wanita berusia 33 tahun berada dalam keadaan sedar apabila dibawa ke hospital," menurut polis.

Dalam rakaman video yang ditonton oleh Mediacorp, sebuah kereta diselubungi api yang marak di tepi terowong itu.

Satu lagi video menunjukkan barisan kenderaan berhenti dalam kesesakan lalu lintas sedang kepulan asap keluar dari terowong itu. Sebuah kereta bomba dan ambulans turut kelihatan di tempat kejadian.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan