Images
  • road
    (Gambar: Mike Yip)

Kereta terbakar berdekatan simpang trafik di Woodlands

SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar berdekatan sebuah simpang trafik, di Woodlands Avenue 2 siang tadi (15 Sep).

Asap hitam tebal kelihatan berkepul-kepul menjulang ke udara akibat kebakaran tersebut.

Tidak diketahui punca kebakaran itu.

Kereta tersebut juga kelihatan merempuh pagar pembahagi jalan, tetapi tiada kenderaan lain terbabit.

Video itu dikirimkan seorang pembaca BERITAmediacorp, Cik Faizah Ishak, yang merakamkan kejadian ini pada sekitar pukul 2.15 petang.

SCDF belum lagi sampai ke tempat kejadian ketika itu.  

- CNA/HK/na

Top