Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta polis tersangkut selepas pemandu 'salah anggar' jarak laluan

Sebuah kereta polis tersangkut di anak-anak tangga menuju ke laluan pejalan kaki apabila seorang pegawai "salah membuat anggaran jarak keliling laluan kereta", menurut polis pada Khamis (8 Nov) sebagai respons terhadap satu gambar yang dimuatnaik di Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta polis tersangkut selepas pemandu 'salah anggar' jarak laluan

Kereta polis 'tergantung' atas anak-anak tangga luar Changi City Point (Gambar: ROAD.sg)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 10:05PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 10:07PM

SINGAPURA: Sebuah kereta polis tersangkut di anak-anak tangga menuju ke laluan pejalan kaki apabila seorang pegawai "salah membuat anggaran jarak keliling laluan kereta", menurut polis pada Khamis (8 Nov) sebagai respons terhadap satu gambar yang dimuatnaik di Facebook.

Polis menyatakan insiden tersebut berlaku di luar Changi City Point pada sekitar 5.25 petang pada Rabu.

Gambar tersebut dimuat naik di laman kumpulan pengguna Facebook, SG Road Vigilante pada Rabu dan dikongsi lebih 1,000 kali. Gambar yang sama juga dimuat naik di laman Facebook ROADS.sg.

Beberapa pengguna Facebook juga membuat andaian insiden tersebut berlaku selepas keluar dari tempat memunggah barang Changi City Point. Mereka menambah pengguna jalan raya perlu belok ke kanan dan membuat pusingan yang semput ke kiri untuk keluar dari bangunan.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa pegawai terlibat salah membuat anggaran jarak keliling laluan kereta," menurut pihak polis dalam menjawab pertanyaan Channel NewsAsia, sambil menambah bahawa tiada orang cedera dalam insiden itu.

Siasatan sedang dijalankan oleh polis trafik. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan