Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta Mercedes terbakar di Tampines, saksi lapor bunyi letupan kuat

Sebuah kereta terbakar di Blok 491H Tampines Street 45 petang tadi (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta Mercedes terbakar di Tampines, saksi lapor bunyi letupan kuat

Petikan gambar dari video. (Video: Desmond Chew dan Gary Haris)

Diterbitkan : 25 Nov 2017 10:32PM Dikemas Kini : 25 Nov 2017 10:37PM

SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar di Blok 491H Tampines Street 45 petang tadi (25 Nov).

Video yang dihantar ke Mediacorp menunujukkan sebuah kereta Mercedes hitam dijilat api buat beberapa minit sebelum para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian sekitar pukul 6.00 petang.

Kepulan asap tebal kelihatan di tempat kejadian sedang beberapa anggota bomba berusaha memadamkan api.

"Kami terdengar satu letupan kuat," kata seorang pengikut media sosial Mediacorp, Encik Desmond Chew.

Encik Gary Haris, yang berada di tempat kejadian, pula memberitahu Mediacorp bahawa bersama penduduk lain beliau bergegas ke kawasan kebakaran apabila terdengar bunyi letupan yang kuat.

"Kereta Mercedes Benz itu meletup tiga kali lagi dan kepulan asap menjulang melepasi blok flat," katanya.

Menurut SCDF, seluruh kenderaan itu terbakar dan dua jet digunakan untuk memadamkan api.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat, tambah SCDF.

Dalam satu catatan di laman Facebook, polis menyatakan kereta itu terbakar dekat jalan kecil di kawasan perumahan blok flat.

Jalan raya itu dikepung dan kenderaan lain tidak dibenarkan memasuki atau keluar dari tempat tersebut.

Menurut Encik Haris, kereta tersebut ditarik pada sekitar 7.45 malam.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan