Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta bilik pameran perlu paparkan label pengeluaran gas mulai 1 Jan

Label baru Pengeluaran Gas Kenderaan harus dilekatkan pada kereta-kereta bilik pameran bermula 1 Januari 2018. Demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 02:34PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:32PM

SINGAPURA: Label baru Pengeluaran Gas Kenderaan harus dilekatkan pada kereta-kereta bilik pameran bermula 1 Januari 2018. Demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (21 Dis).

Berdasarkan Skim Pengeluaran Gas Kenderaan (VES) yang baru, label itu akan menggantikan label ekonomi minyak sekarang bagi kereta, menurut LTA dan NEA dalam satu kenyataan bersama.

Label itu akan memaparkan tahap pengeluaran lima bahan cemar - karbon dioksida, oksida nitrogen, hidrokarbon, khususnya jirim zarahan (PM) dan karbon monoksida.

Ia juga akan memaparkan rebat atau bayaran tembahan dan ekonomi minyak sesebuah kereta.

Label itu dapat membantu para pembeli membuat pilihan yang tepat.

SKIM PENGELUARAN GAS KENDERAAN

VES, yang menggantikan Skim Kenderaan Berdasarkan Pengeluaran Karbon (CEVS) akan berkuat kuasa bermula 1 Januari depan.

Skim bagi semua kereta dan teksi baru serta kereta terpakai yang baru diimport itu akan mengira rebat atau bayaran tambahan bagi kenderaan berdasarkan bahan cemar yang terburuk.

Menurut pihak berkuasa, ini bagi menggalak para pembeli supaya memilih model-model dengan pengeluaran gas yang lebih rendah.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kenderaan yang berdaftar dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan akan dikecualikan daripada kriteria PM di bawah VES. Ini bagi memberi para penjual kenderaan lebih banyak masa untuk menyerahkan maklumat pengeluaran gas untuk dinilai di bawah VES.

Kenderaan yang berdaftar dari 1 Julai tahun depan akan dinilai berdasarkan semua lima bahan pencemar.

Para pembeli boleh menggunakan kalkulator kos bahan bakar di laman ONE.MOTORING untuk melihat dan membuat perbandingan antara jaluran VES selain mengetahui kecekapan minyak bagi pelbagai model kereta. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan