Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta api bertema NDP sempena Hari Kebangsaan ke-54

Kereta api bertemakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019 akan menyusuri laluan-laluan MRT sehingga 18 Ogos ini sempena ulang tahun Singapura ke-54.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2019 04:12PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 01:07PM

SINGAPURA: Kereta api bertemakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019 akan menyusuri laluan-laluan MRT sehingga 18 Ogos ini sempena ulang tahun Singapura ke-54.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (10 Jul) mengumumkan, empat kereta api di Laluan Utara Selatan, Timur Barat, Timur Laut, Circle dan Downtown akan dihiasi dengan bintang-bintang merah putih.

Warga-warga Singapura yang terkenal seperti Ang Peng Siong dan Joseph Schooling turut dipaparkan dalam kereta api tersebut menerusi poster dan paparan rentang.

Di Facebook, LTA menyatakan ia bekerjasama dengan Jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan dan pengendali pengangkutan awam setempat - SBS Transit dan SMRT - untuk melancarkan kereta api bertema itu.

Reka bentuk baru membayangkan tema NDP tahun ini, "Our Singapore" dan memperingati 200 tahun Singapura, menurut penguasa tersebut.

(Gambar: Facebook/LTA)

Stesen MRT Paya Lebar dan laluan penghubungnya akan dihiaskan dengan perhiasan bertema sama, menurut LTA lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan