Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerajaan M'sia bayar Singapura kos penangguhan HSR: MOT

Kerajaan Malaysia sudah membayar Pemerintah Singapura "kos tergendala" bagi penangguhan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, menurut Kementerian Pengangkutan pada Khamis (31 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia bayar Singapura kos penangguhan HSR: MOT

(Gambar: MyHSR)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 10:51PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 10:54PM

SINGAPURA: Kerajaan Malaysia sudah membayar Pemerintah Singapura "kos tergendala" bagi penangguhan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, menurut Kementerian Pengangkutan pada Khamis (31 Jan).

Ini menyusuli satu perjanjian formal antara kedua-dua negara untuk menangguhkan pembinaan HSR sehingga hujung Mei 2020. Malaysia mesti membayar Singapura S$15 juta bagi kos yang ditanggung untuk menggantung projek tersebut.

Khidmat kereta api itu kini dijangka akan bermula menjelang 1 Jan 2031, dan bukan tarikh permulaan asal pada 31 Dis 2026.

"Kami sudah menerima pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi surat-surat diplomatik yang dikirimkan kepada pemerintah Singapura untuk membayar kos tergendala yang ditanggung Singapura kerana penggantungan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura," menurut seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.

HSR, bersama dengan projek-projek mega lain yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia sebelum ini - seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan saluran paip rentas-Sabah - diteliti semula sedang pentadbiran Pakatan Harapan menyemak semula kedudukan kewangan negara setelah memenangi pilihan raya umum pada Mei.

Pada Selasa, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata bahawa negara itu akan menjadi "miskin" jika ia meneruskan ECRL. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan