Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan PSLE: 98.5% pelajar madrasah layak ke sekolah menengah

Seramai 323 pelajar madrasah menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun ini dengan 98.5 peratus atau 318 daripada mereka layak ke sekolah menengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan PSLE: 98.5% pelajar madrasah layak ke sekolah menengah

Para pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. (Gambar fail: BERITAMediaCorp)

SINGAPURA: Seramai 323 pelajar madrasah menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun ini dengan 98.5 peratus atau 318 daripada mereka layak ke sekolah menengah.

Demikian diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan media hari ini (25 Nov).

MUIS menambah secara keseluruhannya sejak lima tahun lalu peratusan pelajar yang layak ke sekolah menengah menyaksikan trend yang stabil.

Meskipun begitu perangkaan tahun ini menyaksikan penurunan sebanyak 1.1%.

Dalam pada itu, MUIS menyatakan tahun ini juga merupakan tahun pertama bagi pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah menduduki PSLE sejak tahun 2017.

Ini selepas madrasah tersebut gagal memenuhi ukur tara PSLE di bawah Akta Pendidikan Wajib (CE) dalam tempoh penilaian 2008 hingga 2010.


Lantaran itulah, madrasah di Sims Avenue itu tidak boleh mengambil murid darjah satu dari 2012 hingga 2014.

Sebanyak 58 pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah menduduki PSLE tahun ini.

Berikut adalah peratusan murid PSLE madrasah yang layak ke sekolah menengah sejak 2014:

2020 - 98.5%
2019 - 99.6%
2018 - 96.8%
2017 - 98.5%
2016 - 97.6%
2015 - 98.2%
2014 - 98.4%

Para pelajar yang menduduki peperiksaan PSLE tahun ini adalah dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah.

98.4 peratus murid Darjah Enam di peringkat nasional pula berjaya melangkah ke sekolah menengah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan