Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan PSLE: 98.4% pelajar layak ke sekolah menengah

Kadar pelajar Darjah 6 yang layak ke sekolah menengah kekal pada 98.4 peratus untuk tiga tahun berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan PSLE: 98.4% pelajar layak ke sekolah menengah

Para pelajar mengambil keputusan PSLE mereka.

Diterbitkan : 22 Nov 2018 02:22PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 02:24PM

SINGAPURA: Kadar pelajar Darjah 6 yang layak ke sekolah menengah kekal pada 98.4 peratus untuk tiga tahun berturut-turut.

Daripada 39,672 pelajar yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini, 39,041 murid layak ke sekolah menengah, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (22 Nov).

66.6 peratus layak ke aliran Ekspres, naik sedikit berbanding 66.2 peratus tahun lalu. Kadar pelajar yang layak ke aliran Normal (Akademik) pula adalah 20.6 peratus sementara 11.2 peratus layak ke aliran Normal (Teknikal).

Bagi 631 pelajar yang tidak layak untuk ketiga-tiga aliran tersebut, mereka yang menduduki PSLE buat kali pertama boleh mencuba lagi tahun depan atau mendaftar bagi Sekolah Assumption Pathway atau Sekolah Northlight, menurut kementerian itu.

Mereka yang pernah menduduki PSLE lebih daripada sekali akan ditawarkan tempat di kedua-dua sekolah itu.

Pelajar yang layak ke sekolah menengah boleh membuat pilihan sekolah mereka melalui Sistem Internet Menengah Satu dari 11.00 pagi pada 22 November hingga 3.00 petang pada 28 November. Mereka juga boleh menyerahkan borang di sekolah rendah masing-masing.

Keputusan kemasukan ke sekolah menengah akan dikeluarkan pada 19 Disember dan para pelajar dikehendaki melaporkan diri ke sekolah menenagh mereka pada jam 8.30 pagi pada keesokan harinya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan